Ustaz Kazim Elias Mohon Bantuan Ubati Penyakit ‘Misteri’

Pendakwah popular, Ustaz Kazim Elias (UKE) memohon bantuan untuk mengubati penyakit yang dialaminya sejak 8 bulan lalu.

Dalam sebuah hantaran terkini di Facebook, UKE mendedahkan gambar sebelah tangan dan wajahnya ditumbuhi beberapa ketulan kecil berwarna hitam yang turut sama ada di seluruh badannya.

“Selama ini saya simpan keadaan diri saya tetapi selepas berusaha mendapatkan rawatan moden dan tradisional selama lapan bulan, saya rasa tidak boleh lagi sembunyikan daripada orang ramai.

“Ini keadaan wajah saya sekarang dan selama ini saya sembunyikan melalui tampalan apabila muncul di khalayak ramai, bukan hanya di wajah tetapi di seluruh badan dan ia boleh terjadi luka sendiri sehingga mengeluarkan darah tanpa semena-mena.”

“Saya tidak boleh siarkan keadaan yang lain kerana saya malu dan rendah diri sangat-sangat, sebab itu saya siarkan lengan sebagai kiasan pada badan saya,” katanya pada Rabu (18 Mei).

Sebelum ini, sebuah hantaran beliau di Facebook yang menunjukkan bahagian lengan telah menjadi tular orang ramai mengatakan bahawa ia adalah efek solekan untuk sebuah penggambaran.

Mengulas lanjut, Ustaz Kazim menceritakan beliau memerlukan bantuan sesiapa sahaja termasuk doktor atau perubatan alternatif untuk merawat penyakit dialaminya itu.

Rasa Sakit, Gatal & Pedih – Ustaz Kazim

Tambahnya, rasa sakit, gatal dan pedih serta pelbagai perasaan yang terjadi kepada dirinya itu tidak boleh disorok lagi apabila tidurnya turut terganggu sejak berbulan lepas.

Beliau turut bimbang penyakitnya itu akan membuatkan beliau mengundurkan diri daripada berdakwah walaupun masih menerima jemputan ceramah dan program.

“Kadang-kadang saya masuk dan keluar dari tempat ceramah dengan tergesa-gesa kerana tidak dapat menahan kepedihan dan kesakitan yang ditanggung.

“Walaupun dilabel sombong kerana tidak beramah mesra dengan pendengar seperti dulu, saya tabahkan hati sebab saya tahu ramai tidak tahu keadaan sebenar saya.

“Terima kasih menawarkan bantuan dan nasihat kepada saya, saya telah berusaha berubat di banyak tempat tetapi belum diberi keizinan oleh Allah SWT. Mungkin ada dalam kalangan tuan dan puan yang boleh membantu saya.

“Saya juga memohon maaf jika selama ini perkataan dan tingkah laku saya mengguris hati anda,” ujarnya.

Bukan Gimik

Dalam sebuah artikel, pengarah dan penerbit, Mawi, menegaskan bahawa Ustaz Kazim sememangnya sedang mengalami penyakit ‘misteri’ dan bukannya sekadar gimik lakonan bagi filem ‘Zim Zim Ala Kazim’.

Dakwaan itu dikeluarkan susulan tuduhan netizen terhadap UKE selepas sebuah gambar UKE menerima solekan kesan khas tersebar di media sosial.

“Dia memang ada sakit dan kami gunakan sedikit solekan kesan khas untuk filem ini”, kata Mawi melalui MStar.

“Ikutkan satu badan Ustaz kena macam tu. Ada masa dia pernah tunjuk saya darah keluar dari kulit ketika tengah shooting.” tambah Mawi.

Penyakit ini sedikit sebanyak membuatkan UKE berasa rendah diri untuk berjumpa dengan sesiapa.

Lebih menghairankan, kata Mawi, penyakit ini seolah-olah ‘datang’ setiap kali Ustaz akan muncul di TV.

Semoga penjelasan ini memberi pencerahan kepada orang ramai tentang dakwaan yang dibuat terhadap Ustaz Kazim Elias.

Sumber: MStar, Facebook Ustaz Kazim Elias

Baca juga: Luarbiasa! Ramai Kagum Lihat Fenomena Ribuan Rama-rama Kuning Di Sabah

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: