Jenazah Kemalangan Di Sedenak Dalam Keadaan Sempurna, Kulit Tidak Terkupas – Bapa

Kemalangan hingga menyebabkan dua individu maut akibat terbakar di Kilometer 45.7 Lebuhraya Plus Utara Selatan Arah Selatan, arah selatan, Sedenak, Johor kira-kira pukul 7.47 malam semalam, disyaki berlaku apabila sebuah lori dari arah Air Hitam ke Johor Bahru menukar ke lorong kiri kerana kesesakan jalan raya.

Seorang lelaki kelihatan meraung selepas isterinya dipercayai terperangkap di dalam sebuah kereta yang sedang terbakar.

Ketika kejadian, mangsa yang rentung, Nurul Nazihah Kamalul Arifin, 28, berada di tempat duduk penumpang hadapan tersepit sementara pemandu, suami mangsa berjaya keluar dari kereta.

Identiti seorang lagi mangsa dari kereta berasingan masih belum dapat dikenal pasti.

Komander Operasi, Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Renggam Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Fauzi Md Nor menerusi kenyataan memaklumkan, kedua-dua kereta terbakar 90 peratus, manakala lori terbakar 70 peratus dan sebuah lagi kereta remuk.

Sumber video : Info Bencana Pahang

Kronologi Kemalangan Di Sedenak

Pemandu kereta pertama dari arah sama mengelak, namun gagal dan melanggar lori berkenaan.

Menerusi satu kenyataan, Ketua Polis Daerah Kulai, Superitendan Tok Beng Yeow memaklumkan kereta kedua juga cuba mengelak, lalu melanggar kereta pertama dan berpusing, sebelum dilanggar kereta ketiga.

Kereta kedua dan ketiga kemudian dirempuh sebuah lori lain dan pelanggaran menyebabkan kebakaran.

Difahamkan pengguna Lebuhraya ketika itu hanya berjaya menyelamatkan suami pasangan tersebut namun isterinya dan seorang lagi tersepit dalam kenderaan dan api telah menyambar dengan pantas. Kedua-dua mereka tidak dapat diselamatkan.

Dalam video yang viral di media sosial, suami hanya mampu melihat isterinya, Nurul Nazihah Kamalul Arifin yang terbakar didalam kereta. Pelbagai usaha dari pengguna Lebuhraya yang ingin membantu mangsa melalui jalan buntu kerana api marak.

Penumpang kereta kedua, Nurul Nazihah Kamalul Arifin, 28 tahun dan pemandu kereta ketiga yang masih belum dikenal pasti identiti terbakar dan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di badan dan kepala.

Manakala empat individu lain selamat dan cedera ringan.

Setakat ini tiada tangkapan dibuat namun siasatan masih berjalan.

Semua kenderaan terlibat akan dibawa ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) Senai, manakala pihak berkuasa masih berusaha mengesan nombor casis dan nombor enjin kereta ketiga.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

اِنَّالِلَه وَاِنَّااِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ.

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ، وَعَافِهِ، وَاعْفُ عَنْهُ.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh Dan jadikanlah kuburnya sebagai salah satu dari taman-taman Syurga.

اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن.

Salam takziah untuk seluruh ahli keluarga.

Hati Tenteram Lihat Jenazah Nurul Nazihah Sempurna Duduk Di Kerusi Kereta

KOTA TINGGI – “Hati saya tenteram bila dapat tahu jenazah anak dalam keadaan sempurna, ” luah bapa Allahyarham Nurul Nazihah, 28 yang maut dalam kemalangan di Kilometer 45.7 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara berhampiran Sedenak di sini malam tadi.

Kamalul Arifin Ahmad 66 berkata dia menerima maklumat tentang kemalangan itu kira-kira pukul 8 malam, namun pada awalnya tidak tahu anaknya terbakar dalam kejadian itu.

“Saya ada tengok juga video viral berkenaan kemalangan itu.

Sebelum tengok itu perasaan luluh tak dapat digambarkan bagaimana keadaan orang yang terbakar dalam kebakaran.

“Namun kakak arwah yang berada di hospital memberitahu badan, jasad arwah tidak terkupas akibat api yang membakar.

“Mayatnya sempurna duduk di kerusi kereta, itu maklumat diperolehi dari pihak polis. Mungkin itu semua kerana amalannya ketika hidup,” katanya kepada media ketika ditemui di Kampung Lukut, Kota Tinggi hari ini.

Tambahnya lagi arwah adalah anak keempat dalam keluarga dan seorang yang sangat tegas dalam bab agama.

Kamalul Arifin berkata, dia menerima maklumat mengenai kemalangan anaknya itu kira-kira pukul 8 malam namun pada awalnya tidak tahu anaknya terbakar dalam kejadian itu.

“Saya ada tengok video viral berkenaan kemalangan itu. Sebelum tengok itu perasaan luluh tak dapat digambarkan bagaimana keadaan orang yang terbakar dalam kebakaran,” luahnya.

Bapa kepada lima orang anak itu berkata, dia dan isteri baru pulang daripada mengerjakan umrah bersama arwah pada minggu lepas.

“Perjalanan umrah kami ini dirancang oleh isteri dan arwah kira-kira empat bulan lepas. Arwah tahu saya memang sudah lama hendak pergi umrah. Arwah juga ada menambah duit untuk kos umrah saya dan isteri. Kami pergi berempat saya, arwah, suami arwah dan isteri.

“Arwah juga sempat membeli buah zuriat di Makkah. Sejak berkahwin tiga tahun lalu arwah dan suami belum dikurniakan rezeki cahaya mata,” katanya.

Sumber : Kosmo

Baca juga:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: