Bakal Dikenakan Tindakan, Ramai Sokong Perjuangan Cikgu Fadli Salleh

cikgu fadli

KUALA LUMPUR, 16 Oktober- Isu beg berat, silibus tinggi dan padat, bilangan murid yang ramai dalam kelas dan beberapa perkara lain yang diketengahkan seorang guru, cikgu Mohd Fadli Salleh mendapat perhatian Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin.

Dr. Radzi menerusi status Facebook menyebut, mahu tahu lebih lanjut berhubung perkara yang dibangkitkan cikgu Mohd Fadli.

“Saya tertarik untuk tahu lebih lanjut perkara yang dibangkitkan cikgu Mohd Fadli Salleh. Kalau cikgu ada kelapangan masa, boleh kita berjumpa,” tulis Dr. Radzi di Facebook.

Sebelum ini, cikgu Mohd Fadli sering membangkitkan beberapa perkara yang boleh ditambah baik oleh Kementerian Pendidikan merangkumi silibus, cara pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Dalam status Facebook, beliau menyenaraikan beberapa perkara yang diketengahkannya.

“Saya bercakap tentang, beg berat bahaya pada anak-anak kita, silibus tinggi dan padat. Silibus syok sendiri, bilangan murid yang ramai dalam kelas, subjek yang banyak murid belajar, masa belajar untuk subjek teras terutamanya Matematik tidak mencukupi dan adanya Little Napoleon dalam sistem pendidikan menyebabkan sistem pendidikan kita rosak,” tulisnya dalam salah satu hantaran terkini.

cikgu fadli salleh

Dalam status lain, guru itu juga menyatakan ramai wartawan dan rakan-rakan media cuba menghubunginya.

“Ramai wartawan dan rakan-rakan media cuba hubungi saya untuk temu bual. Maaf rakan-rakan media sekalian, saya masih penjawat awam. Saya tak boleh bersiaran atau mengeluarkan kenyataan pada pihak media tanpa kelulusan KPM, tulisnya.

Sementara itu, Dr Maszlee juga telah memberi respon beliau terhadap isu ini. Dr Maszlee berkata bahawa beliau tidak mahu mempolitikkan isu ini, kerana ianya isu pendidikan.

Berikut adalah respon saya sebagai mantan menteri pendidikan dan juga seorang pendidik:

@maszlee

Saya telah dihujani dengan ribuan mesej meminta saya memberikan respon terhadap isu Cikgu Fadli, dan membantu beliau. Saya tidak mahu menpolitikkan isu ini, kerana ianya isu pendidikan. Berikut adalah respon saya sebagai mantan menteri pendidikan dan juga seorang pendidik. #justiceforcikgufadli #pendidikanuntuksemua #pendidikanharapannegara

♬ Powerful songs like action movie music – Tansa
Sumber: Tiktok Dr Maszlee

Penjelasan KPM

Terkini, Kementerian Pendidikan Malaysia dalam sebuah video telah menjelaskan situasi yang sedang hangat di media sosial ini.

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Pkharuddin Ghazali menerangkan bahawa KPM mengambil maklum tentang isu ini dan surat yang tular itu tidak bermaksud bahawa hukuman untuk Cikgu Fadli telah dijatuhkan.

Sebaliknya, ia bertujuan memaklumkan tentang dakwaan yang diterima oleh Pihak Berkuasa Tatatertib dan keperluan untuk representasi.

Rujuk penjelasan penuh melalui video berikut:

blank
Video penuh : https://fb.watch/gbAEdL3ryT/

Sumber: Berita RTM, Kementerian Pendidikan Malaysia

Baca juga: