Lif Jatuh Dari Tingkat 8, Dua Individu Patah Kaki

Lif jatuh dari tingkat 8, dua individu patah kaki

Dua individu patah kaki, manakala empat lagi selamat apabila lif dinaiki mereka jatuh dari tingkat lapan dalam kejadian di sebuah blok kondominium di Lengkok Thamby Abdullah, Brickfields, di sini, semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu, pada jam 9.52 malam.

Lif jatuh

“Seramai 11 anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Hang Tuah dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi jam 10.12 malam tadi, kami memaklumkan terdapat lif di blok berkenaan yang terjatuh dari tingkat lapan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, terdapat enam individu berada di dalam lif terbabit ketika kejadian itu yang terdiri daripada tiga wanita, dua lelaki serta seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun.

Lif jatuh

“Dalam kejadian ini, terdapat seorang wanita dan seorang lelaki yang patah kaki. Mereka dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan.

“Operasi itu tamat sepenuhnya jam 11.35 malam dan punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya.

Rujuk kenyataan penuh:

Lif jatuh

Sumber: Bomba KL via Bernama TV

Baca juga: PRU-15 : Tarikh Penamaan Calon & Pilihan Raya PRU15

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: