AEON Malaysia Tarik Balik Telur Berkod CEM014, Dikhuatiri Tercemar
AEON tarik telur tercemar, pelanggan yang telah beli diminta pulangkan, wang dikembalikan
KUALA LUMPUR: Rangkaian pasar raya AEON Co (M) Bhd (AEON) menarik balik telur yang dikesan oleh pihak berkuasa Singapura dicemari bakteria salmonella enteritidis (SE).
Pasar raya itu dalam satu kenyataan memaklumkan telur yang terjejas mempunyai kod sama iaitu “CEM014” dan telah dikeluarkan daripada rak.
“Pelanggan yang telah membeli produk diminta mengembalikannya ke tempat pembelian di kaunter khidmat pelanggan untuk mendapatkan pengembalian wang berdasarkan resit,” katanya kenyataan tersebut.
*Sumber: Aeon Retail Malaysia via Astro Awani
Baca juga : Bubuh Garam Lepas Tutup Api, Bukan Masa Memasak. Ini Sebabnya – KKM