Tabung Haji: Cara & Had Pengeluaran Simpanan TH
Tabung Haji: Cara & Had Pengeluaran Simpanan TH
Tabung Haji adalah merupakan salah satu pilihan simpanan yang rendah risiko serta berfungsi sebagai pendaftaran untuk menunaikan ibadah Haji.
Majoriti rakyat Malaysia yang beragama Islam pasti mempunyai akaun simpanan Tabung Haji.
BACA JUGA: Rayuan Haji 2024: Tarikh Rayuan & Cara Membuat Rayuan Online
Akaun Simpanan Tabung Haji
Simpanan di TH adalah berdasarkan konsep Wakalah bermaksud seseorang (Muwakkil) melantik satu pihak yang lain (Wakil) sebagai wakilnya untuk mengendalikan urusannya. Ia adalah patuh syariah serta dijamin sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia.
Jenis Akaun TH
- Akaun Dewasa: Akaun simpanan bagi pendeposit yang berumur 18 tahun dan ke atas.
- Akaun Kanak-Kanak di Bawah Penjaga: Akaun simpanan bagi pendeposit yang berumur di bawah 18 tahun. Akaun ini hendaklah dikawalselia oleh penjaga.
Kelebihan Menyimpan di TH
- Mematuhi syariah Islam
- Menyantuni para dhuyufurrahman (jemaah haji)
- Dijamin oleh Kerajaan
- Dikecualikan daripada cukai
- Ditunaikan kewajipan zakat
- Tiada had simpanan
Simpanan & Pengeluaran
Simpanan
- Tiada had jumlah simpanan dikenakan.
- Simpanan boleh dibuat menggunakan wang tunai, cek, pindahan dana atau kaedah-kaedah berikut:
- Kaunter Perkhidmatan TH (Ibu Pejabat dan Pejabat Cawangan)
- Potongan Gaji
- Perbankan Elektronik dan Internet
- Kaunter Perkhidmatan Rakan Strategik
- Ejen Kutipan
Cara & Had Pengeluaran
Had Maksimum amaun pengeluaran tunai sehari bagi setiap pendeposit adalah RM10,000.
Pengeluaran boleh dilakukan melalui Kaunter TH (kecuali Pusat Perkhidmatan TH) / Uniteller Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) / Uniteller Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (BKRM).
Bagi pengeluaran bukan tunai melebihi RM10,000, ia boleh dilakukan di semua TH Cawangan termasuk Pusat Perkhidmatan TH melalui Pindahan Telegrafik ke Akaun Bank Pendeposit dalam negara sahaja.
Cara Keluarkan Simpanan TH Melalui ATM
Untuk mengeluarkan duit Tabung Haji dari mana-mana bank atau ATM bank, anda perlu aktifkan / link kan akaun Tabung Haji dengan akaun bank tersebut terlebih dahulu melalui mesin ATM.
Rujuk infografik berikut:
Setelah pengaktifan berjaya, anda boleh mengeluarkan simpanan TH di mana-mana ATM berkaitan.
- Masukkan kad bank dan masukkan nombor pin anda.
- Pilih ‘Pengeluaran Wang’.
- Pilih bahagian ‘Tabung Haji’
- Masukkan nombor akaun Tabung Haji anda.
- Masukkan jumlah duit yang hendak dikeluarkan.
- Tekan ‘Ya’ untuk mendapatkan resit urus niaga keluarkan duit tabung haji.
- Selesai.
NOTA:
Pengeluaran boleh dilakukan dalam bentuk wang tunai, bukan tunai dan pindahan wang melalui kaunter dan saluran elektronik yang dibenarkan oleh TH.
Pendeposit hendaklah hadir sendiri semasa melakukan transaksi pengeluaran di mana-mana saluran pengeluaran.
Pengeluaran pusaka bagi pendeposit yang meninggal dunia boleh dilakukan oleh waris melalui penamaan atau surat kuasa yang ditetapkan oleh TH.
Kaunter TH & Waktu Operasi
Kaunter-kaunter TH dibuka di semua Pejabat Cawangan TH di seluruh negara. Klik >> Direktori Pejabat Cawangan TH.
>> Klik disini untuk maklumat waktu operasi Pejabat Cawangan TH dan Pusat Perkhidmatan TH (PPTH).
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan, sila hubungi:
Tabung Haji Contact Centre (THCC)
- Telefon: +603 – 6207 1919
- Faks: +603 – 7728 4959
- Emel: [email protected]