Fasa Pemulihan COVID19, Boleh Rentas Negeri Bermula 10 Jun 2020.

Berita gembira ini diumumkan oleh Perdana Menteri pada petang 7 Jun 2020 sempena Perutusan Khas Perdana Menteri yang disiarkan di RTM.

Alhamdulillah.

Kepada mereka yang mahu bertemu Ayah Bonda di kampung, perjalanan rentas negeri telah dibenarkan bermula 10 Jun 2020.

Bukan itu sahaja, lebih banyak kelonggaran diberikan kepada rakyat untuk menjalankan aktiviti seharian tetapi dalam masa sama masih mematuhi SOP yang ditetapkan.

Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan atau PKPP yang akan bermula pada 10 Jun 2020 sehingga 31 Ogos 2020 selepas tamatnya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat atau PKPB yang bakal berakhir pada 9 Jun 2020 nanti.

Pengumuman Secara Langsung Oleh Perdana Menteri, Rentas Negeri Dibenarkan Bermula 10 Jun 2020

Jelas Perdana Menteri di dalam ucapannya petang semalam,

“Mulai 10 Jun 2020, perjalanan rentas negeri akan dibenarkan kecuali di kawasan yang di isytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan atau PKPD.

Jadi, bagi mereka yang ingin menziarahi ibu bapa yang tinggal berjauhan di negeri lain bolehlah berbuat demikian. Alhamdulillah.”

“Cuma nasihat saya, sentiasalah jaga kebersihan diri, pakai pelitup muka apabila berada di tempat awam, dan elakkan tempat yang sesak semasa pulang ke kampung.

Ingat, jika ibu bapa anda adalah warga emas, mereka berada dalam kategori orang yang terdedah kepada jangkitan.

Jadi walaupun kita seronok dapat menziarahi mereka, tanggungjawab utama kita ialah untuk melindungi mereka daripada terkena jangkitan.”

Selain itu, aktiviti sosial, pendidikan, keagamaan, perniagaan, sektor ekonomi dan sebagainya akan berjalan secara berperingkat-peringkat.

Namun perlu diingat, SOP perlu dipatuhi sepanjang PKPP ini berlangsung.

Selamat bertemu Ayah dan Bonda.

Jaga jarak sosial, sentiasa basuh tangan dan pakai pelitup muka sepanjang perjalanan pulang ke kampung halaman.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: