Pestabola Merdeka 2023: Tarikh Perlawanan, Pasukan Bertanding, Harga Tiket
Pestabola Merdeka kini kembali lagi selepas sembilan tahun berlalu. Kejohanan Pestabola Merdeka ini dianjurkan kembali pada tahun ini sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-90 FA Malaysia dan bakal berlangsung pada bulan Oktober 2023.
Ini adalah merupakan edisi ke-42 kejohanan ini selepas terakhir diadakan pada tahun 2013, di mana skuad bawah 23 (B-23) negara bimbingan Datuk Ong Kim Swee ketika itu berjaya muncul juara menewaskan Myanmar 2-0.
Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya.
BACA JUGA: Sukan Asia 2023 – Persiapan Atlet dan Tarikh Kejohanan Berlangsung
Pestabola Merdeka 2023
Pestabola Merdeka adalah merupakan sebuah kejohanan mini yang dianjurkan di negara kita sempena bulan kemerdekaan bertempat di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
Ia merupakan pertandingan kedua tertua negara (selepas Piala Malaysia) dan telah dianjurkan sejak tahun 1957, tahun yang sama kita mencapai kemerdekaan negara kita.
Perlawanan dalam kejohanan ini diiktiraf sebagai Perlawanan Kelas “A” (Perlawanan Persahabatan) oleh FIFA jadi sekiranya pasukan Harimau Malaya menunjukkan prestasi yang bagus, mereka berpeluang memperbaiki ranking dunia FIFA.
Untuk pengetahuan anda, Malaysia telah menjulang trofi kemenangan Pestabola Merdeka sebanyak sepuluh kali sejak 1958, muncul naib juara tujuh kali, dan berkongsi juara dua kali dengan Korea Selatan (1960 dan 1979), manakala Korea Selatan memenangi sembilan kali, dan berkongsi juara tiga kali dengan Malaysia dua kali (1960 dan 1979) dan Taiwan satu kali (1965).
Tarikh Perlawanan Pestabola Merdeka 2023
Kejohanan Pestabola Merdeka 2023 ini akan berlangsung dari 13 hingga 17 Oktober. 17 Oktober 2023 adalah merupakan penentuan tempat ketiga & final. Perlawanan ini bakal diadakan di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
BACA JUGA: MFL Challenge Cup 2023 – Tarikh, Jadual Perlawanan & Siaran Langsung
Senarai Pasukan Bertanding
Berikut merupakan pasukan-pasukan yang akan mengambil bahagian dalam Pestabola Merdeka pada tahun 2023 ini:
- Malaysia
- Palestin
- Lebanon
- India
FAM hanya menjemput pasukan yang berada di kedudukan ranking 100 teratas FIFA untuk menguji kekuatan pasukan kebangsaan.
Kejohanan ini akan menjadi persiapan yang baik untuk Harimau Malaya yang sedang membuat persiapan untuk Piala Asia 2023, yang dijangka diadakan pada akhir tahun atau awal 2024 di Doha, Qatar.
Format & Jadual Perlawanan
Format yang digunakan dalam kejohanan ini ialah format secara kalah mati. Pasukan yang kalah akan tersingkir secara automatik
Dalam kejohanan kali ini, Malaysia akan bertemu dengan pasukan India. Anda boleh rujuk jadual perlawanan dan pasukan yang bakal berentap dalam infografik di bawah.
Harga tiket
Harga tiket masuk untuk ialah RM40 (dewasa) dan RM5 (kanak-kanak 6 hingga 12 tahun) bagi Kategori Terbuka, RM60 bagi Kategori Grandstand dan RM80 bagi Kategori Premium.
FAM juga turut memperkenalkan Tiket Kombo RM70 yang mana penyokong Harimau Malaya berpeluang untuk membeli tiket bagi kedua-dua Hari Perlawanan (13 dan 17 Oktober 2023) pada satu harga istimewa iaitu RM70 bagi Kategori Terbuka sahaja.
Anda boleh dapatkan tiket melalui laman web berikut: https://www.tickethotline.com.my/
Pembelian tiket ini sebenarnya telah dibuka sejak 8 Ogos yang lalu.
Siaran Langsung
Selain menonton dari Stadium Bukit Jalil, anda juga boleh menyaksikan siaran langsung kejohanan ini di Astro Arena 801hd, Youtube Arena dan Astro Go.
Sebarang informasi terkini akan dikemaskini daripada masa ke semasa.
Maklumat Lanjut
Untuk dapatkan info terkini dan maklumat lanjut, anda boleh ikuti Facebook Pestabola Merdeka