Permohonan Kuarantin Di Rumah Online KKM : Syarat & Cara Mohon
PERMOHONAN KUARANTIN DI RUMAH ONLINE KKM
Mulai 21 September, pengembara dari luar negara yang telah lengkap vaksinasi boleh memohon secara online untuk kuarantin wajib di rumah atau tempat kediaman.
Pengembara dari luar negara yang telah vaksinasi boleh memohon untuk kuarantin wajib di rumah atau tempat kediaman dalam tempoh 7-10 hari sebelum tiba di Malaysia.
Setiap permohonan perlu dihantar 7 hari sebelum tiba di Malaysia.
Permohonan bagi ketibaan selepas 28 September boleh dibuat di portal khas yang boleh diakses menerusi laman rasmi KKM, www.moh.gov.my bermula 21 September.
CPRC Kebangsaan KKM mengingatkan pengembara yang dijadual tiba sebelum 28 September yang telah memohon menerusi emel sebelum ini, tidak perlu lagi memohon menerusi sistem baharu ini.
Permohonan kuarantin menggunakan sistem baharu yang lebih mantap ini bagi menggantikan permohonan secara emel yang digunakan sebelum ini.
Rujuk syarat dan cara permohonan kuarantin di rumah :
Syarat Permohonan Kuarantin Di Rumah
- Untuk vaksin dos berganda: penerima mesti menerima dua dos lengkap di mana lebih daripada 14 hari telah berlalu sejak tarikh dos kedua
- Untuk vaksin dos tunggal: yang mana lebih dari 28 hari telah berlalu sejak tarikh dos vaksin
- Rumah atau kediaman mestilah sesuai berdasarkan penilaian risiko. Penilaian risiko dibuat berdasarkan:
- Bilangan orang di rumah atau kediaman tersebut
- Bilangan orang tua di rumah atau kebencian tersebut (berumur di atas 60 tahun)
- Bilangan anak di rumah atau kediaman tersebut (berumur di bawah 12 tahun)
- Bilangan orang dengan penyakit kronik di rumah atau kediaman tersebut
- Bilangan ibu mengandung di rumah atau kediaman tersebut
- Jumlah bilik di rumah atau kediaman tersebut
- Bilangan bilik mandi di rumah atau kediaman tersebut
- Jumlah bilik tidur dengan bilik mandi en suite di rumah atau kediaman tersebut
Cara Permohonan Kuarantin Online
Untuk membuat permohonan, sila rujuk langkah di bawah:
- Klik laman web https://ecovid19.moh.gov.my/
- Pilih menu Home Quarantine Application
- Isikan maklumat pengembara dengan lengkap.
- Muatnaik semua dokumen sokongan yang diperlukan.
Dokumen yang telah dihantar akan disemak. Setelah mendapat kelulusan, pemohon akan menerima notifikasi untuk tindakan lanjut.
Selesai.
Maklumat Lanjut
Untuk info lanjut, sila layari laman web Kementerian Kesihatan Malaysia atau laman sosial KKM di sini: https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia
Sekiranya anda mempunyai masalah berkenaan sistem, sila e-mel kepada:
[email protected]
Sebarang pertanyaan mengenai kemasukkan data, sila e-mel / hubungi:
CPRC Kebangsaan KKM
- Telefon : 03 8881 0200/03 8881 0600/03 8881 0700
- Whatsapp : +60178429454
- Email : [email protected]
- Waktu Operasi : 8.00 pagi – 5.00 petang