Pelajar Matrikulasi Disaman RM1500: Pengurangan Kompaun Telah Diberikan

blank

Pelajar Matrikulasi Disaman Kerana Ingkar SOP

Sejak semalam, media sosial menjadi tular dengan gambar berhubung beberapa pelajar Matrikulasi Gopeng, Perak yang telah disaman RM1500 oleh pegawai KKM.

Perkara ini telah mengundang rasa tidak puas hati banyak pihak, rata-rata pengguna laman sosial mempersoalkan tindakan Pegawai KKM itu tidak wajar terhadap pelajar tersebut.

blank
blank

Gambar yang dimuatnaik di Twitter itu memperlihatkan beberapa orang pelajar yang beratur dan dikenakan kompaun.

Menurut sumber di media sosial, kompaun RM1500 dikenakan kepada pelajar terbabit kerana tidak memakai pelitup muka.

Baca juga: Rentas Negeri Untuk Bulan Madu, Pasangan Instafamous Didenda RM2500

Pelajar matrikulasi disaman
Sumber: Syahrul Saufee
Pelajar matrikulasi disaman
Sumber: Syahrul Saufee

Berhubung perkara berkenaan, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah telah menjawab di laman twitter beliau pada malam tadi.

“Siasatan segera sedang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Perak. Terima kasih atas aduan ini kepada KKM dan perkara ini akan diambil tindakan secepat mungkin.”

blank

Tak kurang juga banyak pihak yang ingin membantu pelajar terbabit untuk membayar kompaun yang dikenakan.

Sementara itu, bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq turut dilihat mengkritik saman yang dikeluarkan kerana bersifat dua darjat.

“Kalau pelajar, tak perlu buka kertas siasatan. Kompaun terus. Dah banyak kali kita tegur perlaksanaan double standard macam ni. Apa salahnya tegur dulu sebelum kompaun? Apa yang susahnya?” Katanya dengan tegas di laman Twitter miliknya.

blank

Situasi ini telah membuatkan kebanyakan rakyat Malaysia kecewa dan mengecam tindakan pihak berkuasa yang memilih bulu siapa yang patut disaman.

Apatah lagi dengan isu selebriti yang belum dikenakan sebarang tindakan, malah syarat rentas megeri kini telah semakin diperketatkan.

Baca juga: Syarat Rentas Negeri Diperketat, Hanya Dibenarkan Isnin-Khamis – PDRM

Ramai yang tidak berpuas hati dengan layanan dua darjat kepada mereka yang mempunyai kuasa dan wang.

Bagaimanapun buat masa ini, tiada apa-apa kenyataan daripada pihak Matrikulasi mahupun Kementerian Pendidikan mengenai kes terbabit kecuali ciapan daripada pihak DG Hisham sendiri.

Apapun, semoga hal ini dapat diselesaikan sebaiknya.

Sama-sama kita tunggu hasil siasatan selanjutnya ok!

UPDATE TERKINI (21 April 2021)

Kenyataan Akhbar Pengarah Kesihatan Negeri Perak Tentang Isu Pelajar Kolej Dikenakan Kompaun.

Untuk makluman, kejadian tersebut berlaku pada 3.45 petang, 19 April lalu di mana anggota bertugas mendapati terdapat ketidakpatuhan terhadap SOP berlaku di kalangan pelajar kolej dan kompaun telah dikeluarkan kepada 6 pelajar tersebut.

Pertemuan dengan pihak pengurusan kolej dan pelajar telah diadakan dan pelajar terbabit telah mengemukan rayuan dan pengurangan kompaun telah diberikan mengikut tatacara sedia ada.

Siasatan lanjut akan diadakan untuk pertimbangan pihak KKM.

Baca lanjut di lampiran berikut.

blank
blank