Permohonan MyKid Kini Dibuka! Ini Dokumen & Cara Apply Untuk Anak

mykid jpn

Difahamkan ramai ibu bapa yang melahirkan anak pada tahun lepas masih belum lagi membuat MyKid di JPN kerana bilangannya amat terhad.

Namun di media sosial baru-baru ini telah mendapat makluman bahawa permohonan kad pengenalan kanak-kanak atau My Kid untuk kali pertama telah dibuka semula bermula 4 April 2022.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang cara permohonan MyKid anak di JPN dan dokumen yang diperlukan.

Apakah Itu MyKid?

MyKid merupakan kad pengenalan atau pengenalan diri kanak-kanak bercip yang dikeluarkan kepada kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun.Ciri MyKid adalah sama seperti MyKad cuma ia tidak mempunyai gambar dan cap jari.

” My ” membawa maksud “Malaysia” manakala ” Kid ” pula adalah singkatan kepada ” Kad Identiti Diri “. Nombor pengenalan diri yang terdapat pada MyKid ini akan digunakan di dalam semua urusan dari lahir hingga ke akhir hayat.

Mykid mengandungi 3 aplikasi utama yang terkandung di dalam cip iaitu:

  • Aplikasi JPN (data kelahiran)
  • Maklumat kesihatan
  • Maklumat pendidikan
mykid jpn

Cara Permohonan MyKid

My Kid boleh dipohon oleh semua kanak-kanak warganegara Malaysia yang berumur di bawah 12 tahun.

Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

1. Sijil Kelahiran Malaysia/ Borang W (asal)

2. Dokumen Pengenalan diri pemohon (Ibu atau bapa)

Dalam sebuah perkongsian di Facebook, seorang pengguna bernama Aishah Jaafar telah berkongsi pengalamannya membuat My_Kid di JPN.

Berikut kami paparkan perkongsiannya untuk rujukan bersama:

Permohonan MY KID utk KALI PERTAMA SAHAJA da boleh buat. Nti bwk ic pemohon ibu / bapa dan surat beranak anak ( original dan salinan) utk memudahkan dpt no giliran. Kol JPN kawasan masing2 dlu sbb ade JPN yg x boleh buat mykid. Harap ini membantu anda semua

Saya buat smlm kt UTC KERAMAT (KL). Saya kol dlu. Tye bole buat ke x my kid. Dia ckp boleh da sbb 4/4/2022 baru JPN start balik keluarkan mykid. Saya terus grk ke sana.

Boleh walk in terus takyah appt pn. Dpt info My kid nie limit jgk. Kira sape cepat dia dapat la. So semua goodluck utk buat mykid anak nie Anak saya lahir Mac 2021

mykid jpn

Bayaran

Tiada bayaran dikenakan

Baca juga:

Waktu Operasi JPN

Berikut adalah waktu operasi Cawangan JPN setiap daerah dan UTC:

blank

Sumber: Aishah Jaafar

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pautan di Portal Jabatan Pendaftaran Negara berikut: https://www.jpn.gov.my/my/

Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya, 
No 20, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan ,
62551 Wilayah Persekutuan Putrajaya. 
Telefon: 03-8000 8000  Faks: 03-8880 8288 
Emel(@jpn.gov.my): pro