Tampilkan Konten LGBT, Filem Buzz Lightyear Terima Kecaman & Bakal Diharamkan

buzz lightyear lgbt

Salah satu watak utama filem sequel Toy Story, Buzz Lightyear, yang terkenal dengan sebutan “to infinity and beyond” nampaknya tidak akan menemui penonton Malaysia kali ini.

Filem animasi terbarunya Lightyear, yang dijadualkan untuk ditayangkan pada 16 Jun 2022, tidak akan ditayangkan di pawagam Malaysia akibat adegan LGBT yang menimbulkan kontroversi.

Adegan tersebut melibatkan karakter salah seorang space ranger bernama Alisha yang membina keluarganya bersama seorang perempuan, iaitu pasangan sejenis. Keduanya lalu berciuman di bibir dalam satu adegan sehingga menjadi permasalahan terutamanya negara-negara Islam.

Walaupun belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada pengedar filem Walt Disney Company, CNN menyatakan bahawa filem itu masih belum mendapat izin untuk ditayangkan di 14 buah negara setakat ini, melibatkan negara kawasan Asia dan Timur Tengah seperti Arab Saudi, Kuwait, Mesir, Lubnan termasuk China.

Sementara itu, rakyat Malaysia umumnya tidak bersetuju dengan kewujudan karakter-karakter LGBT dalam filem seperti Buzz Lightyear kerana ia akan mempengaruhi pemikiran anak-anak di samping menormalisasikan sesuatu yang ditegah dalam agama serta budaya.

Sebelum ini, Eksekutif Disney “berikrar” untuk memasukkan 50% watak-wataknya membawa karakter gay dan Pixar memasukkan “adegan berunsur cinta sesama jantina”.

Perkara ini bukan saja menyebabkan kembimbangan ibu bapa di negara-negara Muslim dan Asia, tetapi idea mewujudkan karakter LGBT dalam Disney juga sebenarnya turut dipersoalkan oleh rakyat di Amerika Syarikat sendiri.

blank

Dalam sebuah hantaran di Twitter, ramai yang tidak bersetuju dengan kenyataan oleh Karey Burke, Presiden bagi kandungan hiburan Disney (Disney’s General Entertainment Content) berkata Disney mesti memastikan kandungan filem mereka banyak mengandungi karakter LGBTQIA (Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender, Queer, Interseks dan Allies).

Dalam sebuah temubual, dia sendiri mengaku mempunyai 2 anak dari golongan Queer (pansexual dan transgender).

blank

Di Malaysia pula, sudah tentu hal ini menimbulkan kegusaran di kalangan ibu bapa yang peka terhadap isu sedemikian.

buzz lightyear diharamkan

Di Facebook page RedChili21 MY pula, rata-rata netizen di Malaysia mengecam Disney kerana memasukkan unsur-unsur LGBT dalam hiburan kanak-kanak yang dilihat tidak bersesuaian.

blank

Terkini, Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar melalui Facebook beliau menggesa orang ramai menandatangani PETISYEN PENGHARAMAN ANIMASI DISNEY LIGHTYEAR kepada Dato’ Haji Mohd Dusuki bin Hj Ya’acob (Pengerusi Lembaga Penapisan Filem Malaysia) agar menolak sebarang indoktrinasi eligibiliti ke atas anak-anak kita melalui kartun kegemaran mereka.

buzz lightyear

Difahamkan setakat ini belum ada kenyataan rasmi dari Lembaga Penapisan Filem lagi. Yang ada hanya dari sumber tidak rasmi, memberitahu media.

Petisyen yang dilancarkan secara atas talian itu boleh dicapai melalui pautan:

https://www.change.org/HaramkanDisneyPixarLightyear

(Sumber: NST, CNN )

Baca juga: