[VIDEO] Lelaki ‘Suap’ Vape Pada Bayi Ditahan, Mohon Maaf Atas Kesilapan

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan lelaki yang menyuap vape pada mulut bayi perempuan di sebuah kedai makan dekat Bandar Baru Uda yang tular menerusi sebuah video di media sosial.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd Wahid, dalam sebuah kenyataan rasmi berkata pihaknya menerima satu laporan polis berhubung video yang tular itu pada jam 2.56 petang kelmarin, dibuat oleh ibu kepada bayi perempuan berusia 7 bulan itu.

Video tersebut mengundang kemarahan dan tohmahan netizen sejak ia diviralkan. Namun, ramai yang ingin mengetahui siapa sebenarnya yang bertindak demikian terhadap bayi tersebut dan apa tujuan video itu dirakam, bukan?

Apatah lagi kerana tindakan itu dirakam seorang wanita, yang kedengaran ketawa terhibur dengan perbuatan itu.

Lelaki Yang Memberi Vape Adalah Rakan Kepada Adik Perempuan Ibu Bayi

Difahamkan lelaki yang bertindak memberi vape kepada bayi itu adalah rakan kepada adik perempuan ibu bayi tersebut.

Lelaki itu juga mengaku bahawa vape yang diletakkan di mulut bayi itu tidak berfungsi dan dia hanya berniat untuk bergurau.

Rakaman itu kemudiannya telah dimuatnaik oleh adik perempuannya di media sosial dan telah tular serta mendapat kecaman masyarakat.

“Suspek yang juga seorang peniaga ditahan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Johor Bahru Utara (JBU). Polis akan memohon reman di mahkamah, esok,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.

Orang ramai menyifatkannya sebagai perbuatan tidak bertanggungjawab dan mahu tindakan tegas diambil terhadap pelaku serta pihak lain yang terbabit.

Rupiah berkata, kertas siasatan sudah dibuka dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Beliau berkata, susulan laporan itu, polis menahan lelaki berusia 23 tahun yang dipercayai kenalan kepada ibu saudara bayi itu pada jam 12.45 tengah hari tadi.

Berikut adalah video yang menunjukkan seorang lelaki ‘menyuapkan’ rokok elektronik vape ke mulut seorang bayi, yang berada atas pangkuannya.

vape bayi
Sumber: Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara

Mengulas lanjut, beliau berkata, ibu bayi berkenaan memaklumkan pada hari kejadian, dia dan anaknya itu berada di kedai makan terbabit bersama adik perempuannya dan suspek lelaki yang juga kenalan adiknya.

Sementara itu, saspek lelaki tersebut turut memohon maaf atas kesilapan dan mengakui bahawa dia telah memberi kenyataan kepada pihak polis berhubung perkara ini.

vape bayi

Pada masa sama, beliau menasihati orang ramai supaya tidak mengeluarkan komen dan maklumat yang tidak benar serta tidak bertanggungjawab terhadap mana-mana perkara yang tular di media sosial bagi mengelakkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

Baca juga:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: