Kos Makan Di Restoran Salt Bae Mencecah RM210,000 Undang Pelbagai Reaksi

Siapa tidak kenal dengan chef selebriti Salt Bae atau nama sebenarnya Nusret Gökçe. Aksinya menabur garam menjadi ikutan ramai orang diseluruh dunia.

Bulan lalu, beliau telah membuka cawangan terbaru restoran mewah miliknya, Nusr-Et Steakhouse di kota London.

Restoran tersebut telah dikunjungi oleh ramai selebriti dan penduduk kota London kerana mahu mencuba menu khas chef Salt Bae antaranya daging steak bersalut emas.

Dengan populariti chef Salt Bae sebagai tukang masak professional, pasti kita boleh agak makanan yang ditawarkan adalah mahal.

Namun tular di laman Reddit satu resit makanan yang perlu dibayar oleh seorang pelanggan mencecah 37,023 GBP (~RM210,000) . Harga tersebut sangat tidak masuk akal untuk sekali sebuah hidangan makanan.

Susulan daripada itu, harga tersebut menjadi bualan netizen dan mengundang pelbagai reaksi daripada penduduk London.

Ada yang mendakwa jumlah harga makanan tersebut logik kerana jika dilihat pada resit berkenaan, menu signature Nusr-Et, Golden Tomahawk dijual pada harga 860 GBP. Ianya boleh dianggap sebagai harga yang ‘munasabah’ bagi sebuah restoran mewah di London.

Apa yang membuatkan harganya mencecah sehingga ratusan ribu adalah harga kos minuman keras yang dipesan sekitar 20,000 GBP (~RM113,000).

Ditambah lagi dengan hidangan side dishes pastri Baklava yang dipesan dalam jumlah yang banyak. Apabila didarabkan dengan harganya yang mahal menjadikan jumlah keseluruhan lagi mahal.

Namun menurut beberapa netizen, pelanggan terbabit tiada masalah untuk membayar harga keseluruhan makanan terbabit dan sengaja menunjuk-nunjuk resit berkenaan di media sosial. Secara tidak langsung, ia memberi publisiti kepada restoran Nust-Et yang baru dibuka.

United Kingdom merupakan antara negara yang sudah menerima kemasukan pelancong dari Malaysia tanpa perlu kuarantin. Namun anda yang ingin ke sana perlu melengkapkan 2 dos vaksinasi.

Dah cukup syarat untuk melancong ke London? Bolehlah singgah dan makan steak di restoran Nust-Et ini.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: