2 pelancong Maut Dalam Nahas Belon Udara Panas  Cappadocia

ANKARA, 18 Okt (Reuters) – Dua pelancong Sepanyol terbunuh dan tiga cedera pada Selasa apabila belon udara panas yang mereka naiki tidak mendarat dengan baik di Cappadocia Turki, kata pejabat gabenor tempatan.

Belon udara panas itu telah berlepas dari daerah Avanos pada waktu matahari terbit, kata gabenor wilayah Nevsehir.

“Semasa mendarat belon itu yang membawa 28 penumpang dan dua anak kapal, dua warga Sepanyol kehilangan nyawa, manakala tiga warga Sepanyol cedera,” katanya dalam satu kenyataan.

Belon udara panas milik syarikat swasta itu dilaporkan berlepas dari Zelve Ruins daerah Avanos dan membuat pendaratan cemas di wilayah Killik akibat cuaca tidak menentu, menurut pejabat gabenor wilayah dalam satu kenyataan.

Rawatan mereka yang cedera diteruskan di hospital di bandar kami dan mereka tidak mengancam nyawa,” katanya.

Kenyataan itu berkata kemalangan itu berpunca daripada peningkatan kelajuan angin yang tidak dijangka, menurut penilaian awal.

Aktiviti menaiki belon udara panas adalah salah satu aktiviti paling popular di wilayah Cappadocia, di mana mereka terbang melintasi lembah dan formasi “fairy chimney” gunung berapi.

Destinasi ini menjadi antara lokasi yang membolehkan pengunjung menaiki belon udara panas hampir sepanjang tahun kerana cuaca ideal di rantau ini.

Sumber: Reuters

Baca juga:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: