[VIDEO] Kemalangan Maut Rider Grab & Lalamove Dirempuh

Kes Kemalangan Semalam Melibatkan 2 Penunggang Motosikal (Grab & Lalamove)

Luluh hati tengok gambar ni. Kejadian rempuhan di persimpangan lampu isyarat Haji Sirat / Meru, Klang.

Mangsa pertama rider Grab dikhabarkan baru berkahwin 2 minggu meninggal dunia di tempat kejadian.

Mangsa kedua rider Lalamove yang isterinya sedang sarat mengandung cedera parah di kedua-dua belah kaki.

Dalam video tular di media sosial, arwah dikatakan sempat menoleh sesaat penunggang di sebelah dirempuh tatkala menunggu lampu bertukar hijau sebelum sesaat kemudian dirinya dirempuh oleh satu kenderaan lain (dari simpang sama) lalu meninggal di tempat kejadian.

Mengulas kemalangan membabitkan lima buah kenderaan di Jalan Haji Sirat, Kampung Batu Belah, Klang, semalam, 23 September, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, kemalangan melibatkan dua buah kenderaan utiliti sukan(SUV) jenis Nissan X-Trail, sebuah Proton Wira dan dua buah motosikal.

Beliau berkata, dalam kejadian pukul 2 petang itu, pemandu Nissan X-Trail yang memandu di lorong kiri hendak membelok ke kanan, tetapi tiba-tiba sebuah lagi kereta jenis yang sama berada di lorong kanan bertindak jalan lurus dan berlaku perlanggaran.

Katanya, kedua-dua kenderaan terbabas di mana Nissan X-Trail di lorong kanan melanggar motosikal yang berada di arah bertentangan.

“Manakala Nissan X-Trail yang berada di lorong kiri telah melanggar penghantar makanan dan kereta Proton Wira yang juga berada di arah bertentangan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, penghantar makanan berusia 34 tahun itu disahkan maut di tempat kejadian manakala seorang lagi penunggang motosikal berusia 29 tahun mengalami cedera parah dan dihantar ke hospital.

Vijaya berkata, kedua-dua pemandu Nissan X-Trail berusia 20 dan 24 tahun ditahan bagi siasatan lanjut dan kes kini disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sehubungan itu, orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Fadli Ismail di talian 017-2141318.

Sementara itu Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang dikerahkan ke lokasi kejadian.

Katanya, pihak bomba telah membantu mengangkat mayat sebelum diserahkan kepada pihak polis.

https://twitter.com/My_CrimeWatch/status/1573298785585078274?t=nqTB8FISEJtF8iofPsfgOA&s=19

Rujuk video penuh: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0mdxNLTBgZP1kreNNReE2uBFG9ZxDVvj3biFpdvsYCVQenG8jifQDPW1Rqugobe6vl&id=599691076801925

Terkadang kita dah berhati hati ketika dijalan raya, tapi itulah..

Apa pun ajal maut ditangan Allah swt, kita tak tahu bila dan di mana pengakhiran kita.

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah.

Semoga di ampunkan dosa-dosa arwah dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.

اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَجِعُوْنَ

Salam takziah..

بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ ◄.اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ.. آمِّيْن

Semoga arwah ditempat di kalangan org² yg beriman. Aamiin…

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: