Idea Baju Merdeka Untuk Kanak-kanak Lelaki & Perempuan

Idea Baju Merdeka Untuk Kanak-kanak ~ Bagi menyemarakkan lagi bulan kebangsaan, terdapat pelbagai aktiviti mahupun acara yang diadakan sama ada oleh pihak sekolah, pihak pejabat dan sebagainya. 

Salah satu aktiviti yang popular dan menjadi acara tahunan ialah pertandingan baju merdeka. 

Jadi, sekiranya anda masih mencari-cari idea baju merdeka untuk dipakai, anda boleh rujuk contoh baju yang menarik dan kreatif yang dikongsikan di bawah. 

BACA JUGA: Poster Hari Merdeka – Contoh Poster Yang Kreatif & Menarik

Kriteria

Selalunya, baju-baju bertemakan kemerdekaan  ini dihasilkan menggunakan bendera jalur gemilang, atau kain yang mengandungi empat warna bagi melambangkan bendera Malaysia iaitu warna kuning, biru, merah dan putih.

Ini adalah penting untuk memastikan tema kemerdekaan dapat ditampilkan dengan jelas melalui baju yang diperagakan. 

Selain itu, pastikan juga baju yang dihasilkan mempunyai ciri khas “Malaysia” dari segi kesopanan, jenis baju dan sebagainya. 

BACA JUGA: Koleksi Pantun Merdeka 4 Kerat Yang Menarik 2023

Idea Baju Merdeka Kanak-kanak Lelaki 

1. Baju ini menampilkan elemen kemelayuan dengan adanya tanjak dan samping serta menonjolkan imej sebagai pahlawan Melayu yang gagah berani. 

2. Kelihatan ringkas namun masih lagi menonjolkan imej kemelayuan dengan baju melayu cekak musang atau baju melayu teluk belanga lengkap dengan samping, songkok atau tengkolok bertemakan warna bendera.

3. Walaupun tanpa sebarang aksesori seperti samping, kurta baju merdeka ini juga sangat sesuai digayakan untuk kanak-kanak lelaki. 

4. Baju bertemakan superhero ini memang diminati kanak-kanak! Anda boleh pilih superhero kegemaran anak dan jadikannya sebagai inspirasi dalam penghasilan baju merdeka. 

Idea Baju Merdeka Kanak-kanak Perempuan

1. Baju dress kembang dengan 4 warna bendera Malaysia sangat sesuai diragakan oleh kanak-kanak perempuan mahupun orang dewasa. Aksesori di kepala melengkapkan lagi imej yang dibawa. 

2. Menggayakan rekaan baju seperti wanita zaman dahulu juga merupakan satu idea yang menarik untuk di cuba. 

3. Baju kurung adalah satu pakaian tradisi yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Walaupun kelihatan ringkas, namun apabila digayakan dengan pelbagai aksesori ia tetap kelihatan sangat menarik. 

NOTA: Semua gmbar-gambar idea rekaan baju yang dikongsikan adalah idea baju merdeka yang dikongsi oleh rakyat Malaysia melalui pelbagai platform media sosial seperti Facebook Pinterest, dan lain-lain. 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: