21 Chalet & Homestay Menarik Di Janda Baik (Senarai Terkini 2022)
Senarai 21 Homestay / Resort / Chalet Best & Menarik Di Janda Baik
Janda Baik sering menjadi pilihan orang ramai bagi yang ingin lari dari kesibukan kota.
Pemandangan di sini cukup menenangkan, udaranya pula lebih dingin menjadikan Janda Baik destinasi yang sesuai untuk percutian dengan keluarga mahupun rakan-rakan.
Lokasinya juga agak strategik dan hanya mengambil masa tidak lebih 1 jam perjalanan untuk sampai ke perkampungan Melayu di dataran tinggi ini.
Bagi yang sedang merancang percutian di sekitar Janda Baik, sudahkah anda survey tempat penginapan? Di sini kami senaraikan 21 homestay, resort & chalet menarik Janda Baik.
21 Homestay / Resort / Chalet Menarik Di Janda Baik
1. Mandara Tree Villas
Senibina Mandara Tree Villas yang berasaskan kayu dengan tingkap serta pintu kaca yang cukup besar dan berlatarbelakangkan hutan dan gunung-ganang menjadikan penginapan ini cukup sesuai untuk melakar kenangan indah bersama yang tersayang.
Mandara Tree Villas juga sering menjadi pilihan pelancong kerana terletak berdekatan dengan pelbagai tempat makan wajib cuba di Janda Baik.
Kapasiti : 7 orang
Harga : Bermula RM 771 / malam
Lokasi : Lot 28602, Lorong Cheringin Tengah, Kampung Janda Baik, 28750 Janda Baik, Pahang
Nombor Telefon : +6019 388 5590
Facebook : Mandara Tree Villas
2. Charis Janda Baik
Homestay @ Charis Villa di Janda Baik ini menawarkan 3 villa yang luas dan selesa. 2 daripada villa tersedia iaitu Villa 1 dan 2 menawarkan kemudahan kolam renang yang cukup luas.
Walaupun Villa 3 tidak mempunyai kolam renang peribadi, pengunjung boleh ke kolam renang awam dan sungai yang berhampiran dengan villa ini.
Rata-rata pengunjung sangat menggemari Charis Janda Baik kerana suasana villa yang cukup mendamaikan ditambah serta aktiviti menaiki ATV yang ditawarkan di sini.
Kapasiti : 4 hingga 8 orang
Villa 1 (dengan kolam renang peribadi) : 8 orang
Villa 2 (dengan kolam renang peribadi) : 8 orang
Villa 3 : 4 orang
Harga :
Villa 1 : Bermula RM 910/malam
Villa 2 : Bermula RM 880/malam
Villa 3 : Bermula RM 440/malam
Lokasi : Lot 8535 Kuala Lurah, Chemperoh, Janda Baik, Kampung Janda Baik, 28750 PahangNombor Telefon : +6017 626 5145
Facebook : Charis Janda Baik
3. Have2 Private Villa
Boleh memuatkan sehingga 20 pengunjung dalam satu masa, Have2 Private Villa sangat sesuai untuk dijadikan lokasi bagi Hari Keluarga atau Reunion bersama rakan-rakan.
Villa 2 tingkat ini juga dihias indah serta lengkap dengan kolam renang yang luas sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa.
Kapasiti : 20 orang
Harga : Isnin- Jumaat : RM 1800
Sabtu & Ahad : RM 2800
Lokasi : Lot 5358, Jalan Cheringin 2, 28700 Janda Baik, Pahang
Nombor Telefon : +6016 241 0862
Facebook : Have2
4. Embun Luxury Villas
Berlatarbelakangkan suasana yang lebih ekslusif dan mengutamakan privasi, Embun Luxury Villas menawarkan pemandangan hutan hujan Janda Baik yang mendamaikan.
Pengunjung juga boleh pilih untuk menginap di suite atau villa yang lengkap dengan kolam renang yang luas.
Di samping menawarkan sarapan percuma, pengunjung juga berpeluang untuk nikmati hidangan istimewa dari Café@ Embun sepanjang penginapan anda di sana.
Kapasiti : 2 hingga 6 orang
Harga :
One Bedroom Rainforest View Suite : Bermula RM 989/malam termasuk sarapan untuk 2 orang
One Bedroom pool Villas : Bermula RM 1259/malam termasuk sarapan untuk 2 orang
Two Bedroom Pool Villas : Bermula RM 2069/malam termasuk sarapan untuk 4 orang
Three Bedroom Pool Villas : Bermula RM 3149/malam termasuk sarapan untuk 6 orang
Lokasi : Lot 6250 & 6251, Hulu Sum-Sum, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang
Nombor Telefon : +609 233 0396 / +609 233 0376 / +609 233 0320
Facebook : Embun Luxury Villas
5. Rest. Pause. Rainforest Retreat
Kapasiti : 16 orang
Harga : Bermula RM 1309/malam
Lokasi : Lot A293, Jalan Tanarimba Sum Sum, Tanarimba, Janda Baik, Bukit Tinggi, 28750 Bentong, Pahang
E-mail : [email protected]
Facebook : Rest.Pause Rainforest Retreat
6. Tiarasa Escapes
Tiarasa Escapes pula menawarkan pengalaman glamping yang menarik untuk anda dan seisi keluarga.
Anda boleh pilih sama ada ingin menginap di treetop villa atau tented villa yang serba ekslusif.
Bermacam-macam aktiviti boleh dilakukan di sini seperti bird-watching, menonton wayang pacak dan BBQ pada waktu malam.
Tiarasa Escapes juga menjamin percutian menenangkan dengan suasana menghijau seluas mata memandang.
Kapasiti : 2 hingga 4 orang
Harga :
Dragonfly Tented Villas : Bermula RM 990/malam (Penginapan 2 dewasa, 1 kanak-kanak)
Hornbill Tented Villas : Bermula RM 1190/malam (Penginapan 2 dewasa, 2 kanak-kanak)
Rajah Brooke Family Suites : Bermula RM 1590/malam (Penginapan 4 dewasa, 2 kanak-kanak)
Ficus Treetop Villa : Bermula RM 1190/malam (Penginapan 2 dewasa, 2 kanak-kanak)
Lokasi : Persiaran Enderong, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang
No. Telefon : +6012 887 7777
Facebook : Tiarasa Escapes
7. Twinkle Villa
Pernah merangkul Anugerah Building of The Year di Malaysian Institute of Architect’s Gold Award pada tahun 2017, Twinkle Villa pasti menambat hati pengunjung dengan senibinanya yang cukup unik.
Twinkle Villa terdiri daripada 4 rumah iaitu Cengal House, Gaharu House, Resak House dan Meranti House dan kesemuanya berlatarbelakangkan keindahan alam semulajadi yang cukup terpelihara.
Kapasiti : 5 hingga 10 Orang
Harga :
Cengal House : Bermula RM 1986/malam (Penginapan 10 orang)
Gaharu House : Bermula RM 1486/malam (Penginapan 8 orang)
Resak House : Bermula RM 571/malam (Penginapan 5 orang)
Lokasi : Lot 350, Lorong Sum Sum Dua, Tanarimba, Janda Baik, Bukit Tinggi, 28750 Bentong, Pahang, Malaysia
Facebook : Twinkle Janda Baik
8. RUANG at JANDA BAIK
Ruang at JANDA BAIK memberikan peluang kepada pengunjung berehat seketika daripada penggunaan handphone dengan ketiadaan WiFi di sini.
Ia juga merupakan lokasi yang baik untuk anda sekeluarga untuk nikmati alam semulajadi dengan merasai kedinginan air sungai yang segar dari Bukit Sum Sum serta pemandangan jutaan bintang pada waktu malam.
Kapasiti : 2 hingga 7 orang
Harga : Bermula dari RM 130 untuk 2 orang sehingga RM 370 untuk 7 orang
Lokasi : 13, Kg Sum Sum Hilir 28750 Kampung Janda Baik, Pahang, Malaysia
No. Telefon : +60 19-219 6409
Facebook : Ruang JANDA BAIK
9. Chengal Resort
Chengal Resort pula menawarkan pengalaman bercuti dengan suasana perkampungan.
Terdapat juga tapak perkhemahan dan chalet pelbagai jenis yang boleh ditempah mengikut saiz kumpulan.
Persekitaran Chengal Resort juga sesuai untuk percutian bersama keluarga dan rakan-rakan.
Kapasiti : 2 hingga 12 orang
Harga :
Apache : RM 250/ malam (Penginapan untuk 2 orang)
Riverside Downstairs : RM 280/malam (Penginapan untuk 2 orang)
Riverside Upstairs : RM 380/malam (Penginapan Untuk 2 orang )
Dorm Chalet : RM 1,300/malam (Penginapan untuk 12 orang)
Prime Lower Level : RM 1,300/malam (Penginapan untuk 8 orang)
Prime Upper Level : RM 1,400/malam (Penginapan untuk 8 orang)
Water Chalet : RM 1,300/malam (Penginapan untuk 9 orang)
Lokasi : Lot 5347, Kg. Sum-Sum Hilir, Malaysia, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang
No. Telefon : 017-201 5118
Facebook : Chengal Resort
10. Aman Rimba Private Estate
Tanah persendirian dengan 6 villa peribadi yang boleh memuatkan 20 orang dalam satu masa.
Kapasiti : 20 orang
Harga : Tidak dinyatakan
Lokasi : Lot 5487, Kampung Janda Baik, 28750 Janda Baik, Pahang
No. Telefon : 017-201 5118
Facebook : Aman Rimba Private Estate
11. Dua Pintu
Kapasiti : 16 orang
Harga : Bermula RM 1,800/malam
Lokasi : Lot 6989 28760 Kampung Janda Baik, Pahang.
No. Telefon : +6 019 217 4774
Facebook : Dua Pintu Janda Baik
12. Saufiville Boutique Resort
Kapasiti : 2 hingga 8 orang
Harga :
Penginapan Untuk 2 orang :
Rose Room – RM 350/malam (Isnin-Jumaat) RM 450/malam (Sabtu, Ahad & Cuti Umum)
Chempaka Room/Kemboja Room/Melur Room :
RM 300/malam (Isnin-Jumaat) RM 400/malam (Sabtu, Ahad & Cuti Umum)
Kenanga Room – RM 280/malam (Isnin-Jumaat) RM 380/malam (Sabtu, Ahad & Cuti Umum)
Whole Bungalow (Penginapan Untuk 6 orang) – RM 1,500/malam (Isnin-Jumaat) RM 2,000/malam (Sabtu, Ahad & Cuti Umum)
Dormitory (Penginapan untuk 4 orang dengan Katil Bertingkat) – RM 120/malam (Isnin-Jumaat) RM 160/malam (Sabtu, Ahad & Cuti Umum)
Lokasi : Lot 1223, Kg Chempuruh,Janda Baik,Pahang
Laman Web : saufiville.my
13. Teratak Malaya
Harga : Tidak dinyatakan
Lokasi : Lot 5185, Lorong Janda Baik 1, Kampung Janda Baik, Janda Baik, Bentong, Pahang, Malaysia, 28750
No. Telefon : 0132262030
Facebook : Teratak Malaya
14. D’Ark Training Resort
Harga : Tidak dinyatakan
Lokasi : 1, Janda Baik Batik, Kampung Janda Baik, Pahang, 28750 Bentong
No. Telefon : 09-233 0193 / 013 333 7703
Facebook : DArk Training Resort
15. Fifty4Ferns
Kapasiti : 2 hingga 4 orang
Harga :
Penginapan Untuk 2 orang :
Chalet Stream View & Chalet Hill View – Bermula RM 450/malam
Riverside Suite : Sarang Burung – Bermula RM 480/malam
Penginapan untuk 3 orang :
Anjung Kasih – Bermula RM 600/malam
Penginapan Untuk 4 orang :
Anggerik Villa – RM 700/malam
Pakis Suite – RM 750/malam
Anjung Kayangan – RM 850/malam
Lokasi : Lot 12188, Lorong Cheringin, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang
No. Telefon : +60193883454
Facebook : Fifty4ferns
16. Glasshouse325
Kapasiti : 10 orang
Harga : Bermula RM 1,834/malam
Lokasi :
Jalan Tanarimba Sumsum 28750 Kampung Janda Baik, Pahang, Malaysia
Email : [email protected]
Facebook : Glasshouse 325 Janda Baik
17. Sailor’s Rest
Kapasiti : 2 hingga 9 orang
Harga :
Banglo 2 bilik (Penginapan untuk 4 hingga 6 orang )
Rabu hingga Khamis : RM 650
Jumaat hingga Ahad : RM 750
(Harga Penginapan termasuk sarapan untuk 4 orang)
Banglo 3 bilik (Penginapan Untuk 6 hingga 9 orang)
Rabu hingga Khamis : RM900
Jumaat hingga Ahad : RM 1000
(Harga Penginapan termasuk sarapan)
Houseboat (Penginapan untuk 2 orang)
Rabu hingga Khamis : RM 350
Jumaat hingga Ahad : RM 450
(Harga Penginapan termasuk sarapan untuk 2 orang)
Kampung Chalet (Penginapan untuk 2 hingga 4 orang)
Rabu hingga Khamis : RM 200
Jumaat hingga Ahad : RM 250
Harga penginapan termasuk sarapan
Modern Chalet (Penginapan untuk 2 hingga 4 orang)
Rabu hingga Khamis : RM 300
Jumaat hingga Ahad : RM 350
Glamping River View (Penginapan Untuk 2 hingga 4 orang)
Rabu hingga Khamis : RM 150
Jumaat hingga Ahad : RM 180
Nota : Harga tilam tambahan : RM 35
Harga sarapan tambahan :RM 50
Resort ditutup pada hari Isnin & Selasa
No. Telefon : 012-360 9227
Facebook : Sailor Rest Janda Baik
18. Enderong Resort
Terletak di tanah tinggi di Tanarimba, Enderong Resort merupakan satu lagi penginapan yang diiktiraf dalam anugerah rekaan senibina daripada Malaysia Institue of Architects (PAM) pada tahun 2004.
Resort ekslusif ini turut menawarkan pengalaman mandi di kolam renang dengan pemandangan Lembah Enderong yang serba indah serta udara yang dingin.
Sesuai untuk percutian romantis 2 orang mahupun percutian dalam kumpulan yang besar, Enderong Resort mampu memuatkan antara 2 hingga 26 orang pengunjung bergantung kepada jenis penginapan yang dipilih.
Resort ini menawarkan 4 jenis penginapan berbeza iaitu Enderong House, The Cottage, Annexe Rooms dan Annexe Plus Rooms.
Kapasiti : 2 hingga 26 orang
Harga :
Enderong House (Penginapan untuk 26 orang)
Isnin hingga Khamis : RM 3800/malam
Jumaat hingga Ahad & Cuti Umum : RM 4,800/malam
The Cottage (Penginapan untuk 10 orang)
Isnin hingga Khamis : RM 1000/malam
Jumaat hingga Ahad & Cuti Umum : RM 1,400/malam
Annexe Room : (Penginapan Untuk 2 orang)
Isnin hingga Khamis : : RM 350/malam
Jumaat hingga Ahad & Cuti Umum : RM 500/malam
Lokasi : Lot C21, Persiaran Enderong, Jalan Tanarimba Pine, Tanarimba, Janda Baik, Bukit Tinggi, 28750 Bentong, Pahang
Facebook : Enderong Resort
19. Deruan Damai Private Resort
Harga : Bermula RM 140 hingga RM 250
Lokasi : Lot 20, Lorong Cheringin 1, Kampung Cheringin, 28750 Bentong, Pahang
No. Telefon : 013-624 0229
Facebook : Deruan Damai
20. Bidaisari Resort
Antara resort yang paling popular di Janda Baik, Bidaisari Resort menawarkan percutian yang padat dengan pelbagai aktiviti yang dekat dengan alam sekitar.
Pengunjung juga berpeluang untuk mengikuti aktiviti berkuda di sini!
Kapasiti : 2 hingga 7 orang
Harga :
RM 350 untuk penginapan Chalet 2 orang
RM 735 untuk penginapan Water Cottage 7 orang
Lokasi : Lorong Cheringin 1, Kampung Cheringin, Janda Baik
No. Telefon : +601170755555/ + 601170766666
Facebook : Bidaisari
21. Intan Payung Janda Baik
Satu lagi penginapan sesuai untuk kumpulan besar, Intan Payung mampu memuatkan sehingga 15 orang pengunjung dalam satu masa.
Intan Payung menawarkan homestay dengan pemandangan menghijau Janda Baik yang sesuai untuk anda yang inginkan privasi dan jauh dari kesibukan kota.
Tidak cukup dengan kolam renang yang sangat besar, homestay mewah ini juga terletak dekat dengan sungai.
Kapasiti : 15 orang
Harga : Bermula RM 1500/malam
Lokasi : Lorong Cheringin Tengah, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang
Nombor Telefon : 019 2174774
Instagram : Intan Payung
Banyak bukan resort dan chalet menarik di sekitar Janda Baik ? Kebanyakannya menawarkan pemandangan alam semula jadi dan sesuai untuk anda yang ingin percutian yang mendamaikan.
Jadi, apa tunggu lagi? Jom book penginapan di homestay / chalet / resort ini untuk staycation anda yang seterusnya di Janda Baik!
Sumber : havehalalwilltravel , malaysiahotelguide.com