Hari Malaysia : Sejarah & Cuti Umum 16 September

Sambutan Hari Malaysia pada 16 September adalah untuk memperingati detik bersejarah bergabungnya Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura.

Ini kerana pada tarikh 16 september adalah satu peristiwa penting di mana berlakunya pembentukan, pengisytiharan penubuhan Malaysia menjadi sebuah negara baharu.

Bagi mengingati sejarah peristiwa ini, Kerajaan Malaysia telah mengumumkan tarikh 16 September adalah cuti umum (Public Holiday) di Malaysia.

hari malaysia
Sumber infografik : Pejabat Perdana Menteri

Sejarah Penubuhan Malaysia, 16 September 2022

Mari kita imbas peristiwa yang membawa ke Penubuhan Malaysia pada 1963:

27 Mei 1961 : Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman semasa Persidangan Persatuan Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura telah menggagaskan tentang perlunya diwujudkan satu rancangan untuk membawa Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo, Brunei dan Sarawak ke dalam satu bentuk kerjasama politik.

23 Julai 1961 : Mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Tanah Melayu dan Borneo di Singapura telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia dipengerusikan oleh Donald Stephen.

Ogos 1961 : Mesyuarat pertama Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Sabah

18-20 Disember 1961 : Mesyuarat kedua Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Kuching, Sarawak.

6-7 Januari 1962 : Mesyuarat ketiga Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Selangor Legislative Assembly Chamber, Kuala Lumpur.

17 Januari 1962 : Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan bagi meninjau pandangan penduduk negeri-negeri di Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak. Suruhanjaya dianggotai oleh 5 orang ahli iaitu :

  • Lord Cobbold
  • Dato’ Wong Pow Nee
  • En. Mohd Ghazali Shafie
  • Sir Anthony Abell
  • Sir David Watherston

3-4 Februari 1962 : Mesyuarat keempat Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia

21 Jun 1962 : Laporan Suruhanjaya Cobbold telah disiapkan dan dikemukakan kepada kerajaan British dan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu

Julai 1962 : Kata sepakat dicapai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman dengan Tuan Harold MacMillan Perdana Menteri British untuk mengadakan rundingan.

9 Julai 1963 : Perjanjian penting telah ditandatangani di Pejabat Perhubungan Komanwel di Marlborough House, London. Perjanjian penubuhan Persekutuan Malaysia telah ditandatangani oleh wakil-wakil kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura.

16 September 1963 : Upacara pengisytiharan Malaysia diadakan di Stadium Merdeka Kuala Lumpur. Pengisytiharan Penubuhan Malaysia telah dibacakan oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman di hadapan lebih kurang 30,000 rakyat Malaysia.

(Sumber: Arkib Negara Malaysia)

hari malaysia
Infografik : BERNAMA

Singapura Keluar Dari Malaysia

Pada tahun 1965, disebabkan beberapa masalah politik dalaman yang melanda antara Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura, Singapura telah menarik diri dari Malaysia untuk muncul sebagai sebuah negara Republik.

Cuti Hari Malaysia

Hari Malaysia yang diraikan pada 16 September setiap tahun diisytiharkan sebagai cuti umum untuk seluruh negara mulai tahun 2010.

cuti sekolah 2022

Sila rujuk kalendar cuti sepenuhnya di sini : Kalendar 2022 & Tarikh Cuti Umum / Cuti Sekolah KPM (Dikemaskini)