in ,

Harga Terkini Minyak Masak Sawit Tulen Botol Mulai 1 Ogos 2021 – KPDNHEP

harga minyak masak
ADVERTISEMENT

TERKINI: HARGA RUNCIT MAKSIMUM MINYAK MASAK SAWIT TULEN DALAM KEMASAN BOTOL BERKUAT KUASA 1 OGOS 2021

Harga runcit maksimum bagi minyak masak sawit tulen dalam kemasan botol yang ditetapkan ialah RM6.70 (1 kg); RM12.70 (2 kg); RM18.70 (3 kg) dan RM29.70 (5 kg).

ADVERTISEMENT

Harga Minyak Masak Kawalan (Bersubsidi)

Untuk pengetahuan semua rakyat Malaysia, sebelum ini Kerajaan tidak tetapkan atau kawal harga minyak masak dalam botol kerana ia bukan minyak masak bersubsidi.

Berikut adalah penjelasan tentang harga minyak masak dalam polibeg (bungkusan) yang dijelaskan oleh KPDNHEP:

  • Kerajaan menetapkan harga minyak masak bersubsidi yang dijual dalam pek polibeg 1kg iaitu RM2.50.
  • Harga minyak sawit mentah ditentukan oleh pasaran dunia, ada turun dan ada masanya naik.
  • Pada masa ini harga di pasaran dunia sudah mencecah lebih RM4300 metrik tan (berbanding sebelum ini hanya sekitar RM2500 metrik tan sahaja), bersamaan lebih kurang RM4.30 per kg sebelum diproses dan dibotolkan.
  • Ini bermakna kos minyak sawit mentah sahaja sebelum dibotolkan sudah melebihi RM21 untuk 5kg. Itu tidak termasuk kos-kos lain seperti pembotolan, pengangkutan dan keuntungan di peringkat kilang, pemborong, pengedar dan peruncit.

Perbezaan Minyak Masak Dalam Pek Dan Botol

harga minyak masak kawalan bersubsidi

“Sebenarnya kualiti minyak sawit bersubsidi dalam pek polibeg 1kg adalah sama dengan minyak sawit dalam botol.”

“Sejak dulu lagi Kerajaan memperuntukkan berjuta ringgit untuk minyak masak bersubsidi. Untuk 2021 sahaja, sekitar 60,000 tan metrik setiap bulan diperuntukkkan bagi kegunaan rakyat Malaysia.”

“Itu bersamaan dengan 60 juta polibeg 1kg sebulan atau 1.8kg minyak sawit untuk setiap rakyat Malaysia setiap bulan. Pengguna minyak masak di Malaysia mempunyai pelbagai pilihan.”

“Oleh itu, terpulang citarasa dan bajet masing-masing dalam memilih jenis minyak masak, yang penting, utamakan kualiti dan nilai,” kata hantaran KPDNHEP di Facebook tersebut.

harga kawalan minyak masak

Penggunaan Aplikasi Price Catcher

KPDNHEP juga menggalakkan rakyat Malaysia menggunakan Aplikasi Price Catcher untuk mengetahui dan membanding harga Minyak Masak Tidak Bersubsidi di premis perniagaan berdekatan dengan rumah anda.

Baca juga: Majikan Larang Pekerja BDR Akan Dikompaun, Ini Cara Buat Aduan

Katanya, aplikasi ini mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

  • carian mengikut kategori, lokasi atau perkataan;
  • fungsi untuk mengesan lokasi;
  • perbandingan harga berdasarkan item atau bakul barangan;
  • fungsi pandu arah ke premis pilihan menggunakan aplikasi Waze atau Google Map;
  • berkongsi maklumat carian harga melalui media sosial; dan
  • hebahan (pop up banner) mengenai perubahan harga minyak atau maklumat kepenggunaan yang lain.

Inisiatif membangunkan Price Catcher ini diharap dapat membantu mendayaupaya pengguna agar bijak merancang perbelanjaan dengan memilih premis yang menawarkan harga yang berpatutan serta menggalakkan golongan peniaga yang beretika dan meletakkan harga yang munasabah.

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Semakan Status Rayuan BPR (Fasa 2) & Jumlah Bayaran

Resepi Ayam Goreng Ala KFC. Hanya Guna 3 Bahan Saja!