Pulau Pinang Beralih Ke Fasa 2 PPN Bermula 7 Julai
Peralihan Fasa 2 bagi Negeri Pulau Pinang
Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri hari ini telah meneliti pembentangan peralihan fasa bagi negeri-negeri di bawah Pelan Pemulihan Negara.
Setelah meneliti nilai-nilai ambang atau threshold negeri, Sidang Khas MKN bersetuju peralihan negeri Pulau Pinang ke fasa seterusnya iaitu fasa dua.
Peralihan fasa negeri Pulau Pinang berikutan pencapaian nilai ambang tiga indikator utama iaitu:
- Purata kes jangkitan harian selama 7 hari di bawah nilai ambang 12.2 kes per 100 ribu iaitu 9.5 kes per 100 ribu
- Kadar penggunaan katil wad ICU mencapai tahap sederhana (moderate) dan penilaian Capacity to Respond yang berada pada tahap adequate
- Kadar vaksinasi lengkap dua dos ke atas populasi dewasa melebihi 10% iaitu pada kadar 10.1%.
Berdasarkan tiga indikator ini dan penilaian terperinci agensi-agensi termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan peralihan fasa PPN bagi negeri Pulau Pinang berkuat kuasa 7 Julai 2021.
Bagi negeri-negeri yang telah berjaya beralih ke fasa 2, adalah dinasihatkan untuk teruskan usaha melindungi komuniti anda daripada jangkitan COVID-19 dan tingkatkan prestasi negeri masing-masing supaya dapat beralih ke fasa seterusnya.
Ini akan membantu untuk mempercepatkan proses pemulihan sektor-sektor ekonomi dan sosial di negeri-negeri yang berkenaan.
.
Kenyataan media Datuk Seri Ismail Sabri
5 Julai 2021
(Sumber: Bernama)
Baca juga : PPN: SOP Terkini & Sektor Dibenarkan Beroperasi Pada Fasa 1, 2, 3 & 4