Falsafah Pendidikan Guru (FPG): Maksud, Elemen & Kepentingannya
Apa itu Falsafah Pendidikan Guru?
Falsafah Pendidikan Guru ialah, “Guru yang pekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.”
Model Konseptual
Model Konseptual pendidikan guru adalah dirangka berlandaskan dasar Falsafah Pendidikan Guru dan Matlamat Pendidikan. Model ini merangkumi akauntabiliti guru di bawah 3 dimensi utama iaitu:
- Ketuhanan
- Kendiri
- Masyarakat
Elemen Penting
- Berpekerti mulia
- Berpandangan progresif dan saintifik
- Bersedia menjunjung aspirasi negara
- Menyanjung warisan kebudayaan negara
- Menjamin perkembangan individu
- Memelihara sebuah masyarakat yang bersatu padu
- Memelihara sebuah masyarakat yang demokratik
- Memelihara sebuah masyarakat yang progresif
- Memelihara sebuah masyarakat yang berdisiplin
BACA JUGA: Falsafah Pendidikan Kebangsaan: Maksud, Konsep & Peranan Guru
Kepentingan
- Panduan kepada perkembangan pendidikan negara dan merealisasikan Falsafah Pendidikan
- Guru
- Berperanan mengembangkan potensi pelajar
- Berperanan sebagai pembimbing dan pakar rujukan kepada pelajar
- Melahirkan guru yang profesional dan berkemahiran
- Memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu
Kemenjadian Guru Berdasarkan Falsafah Pendidikan Guru
1. Melahirkan guru yang profesional, daya juang dan daya tahan yang tinggi, beretika, berfikiran kreatif, mengamalkan nilai murni, berkemahiran dan berpengetahuan luas dalam bidang teknologi.
2. Melahirkan guru yang mempunyai penguasaan yang baik bukan di sahaja dalam bidang sendiri malah turut mahir dalam kemahiran-kemahiran lain seperti komunikasi, penghayatan murni dan sebagainya.
3. Melahirkan kan guru yang berkualiti tinggi dan kompeten dari segi peribadi, professional, menguasai ilmu pengetahuan, berkemahiran serta menghayati nilai-nilai keguruan.
4. Melahirkan guru yang bersikap profesional terhadap kerjaya dengan dengan berusaha sehabis baik dalam menjalankan tugas dan amanah yang diberikan.
5. Melahirkan guru yang mampu menjadi suri teladan kepada anak-anak murid dan seharusnya mampu menampilkan ciri-ciri ikon terbaik kepada mereka.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Berdasarkan Falsafah Pendidikan Guru, berikut ialah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dalam tempoh 13 tahun.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia Adalah merupakan dokumen lengkap yang mengandungi strategi 13 tahun untuk menaik taraf sistem pendidikan supaya selaras dengan sistem pendidikan terbaik di negara maju.
6 Apirasi Murid
- Pengetahuan
- Kemahiran berfikir
- Penguasaan kemahiran dwibahasa
- Kemahiran kepimpinan
- Identiti Nasional
- Etika dan kerohanian
BACA JUGA: Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI UPSI 2022)
Maklumat Lanjut
Untuk bacaan lanjut mengenai Falsafah Pendidikan Guru, anda boleh rujuk pautan berikut: https://online.fliphtml5.com/zalp/tqeo/#p=1