in

Cuti Hari Wilayah 2022 & Pertindihan Cuti Gantian Tahun Baru Cina

ADVERTISEMENT

CUTI HARI WILAYAH 2022 : PERTINDIHAN HARI KELEPASAN AM PERSEKUTUAN DAN NEGERI BAGI TAHUN 2022

Ramai yang tertanya-tanya, adakah cuti Hari Wilayah 1 Februaru 2022 akan diberi cuti ganti (carry forward) ke hari seterusnya kerana ia bertindih dengan cuti perayaan Tahun Baru Cina 2022.

ADVERTISEMENT

Maklumlah, dah tentu ada yang nak mohon cuti dan nak pastikan sama ada dapat cuti tambahan untuk balik kampung atau jalan-jalan kan?

Berikut kami kongsikan dari sumber yang sahih untuk makluman bersama.

Cuti Hari Wilayah 2022 & Pertindihan Cuti Gantian Tahun Baru Cina

Memandangkan hari pertama Tahun Baru Cina dan Hari Wilayah Persekutuan jatuh pada hari bekerja iaitu Selasa, 1 Februari 2022, maka tiada cuti gantian secara automatik diperuntukkan di bawah Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369].

Cuti gantian secara automatik pada hari berikutnya hanya diberikan jika hari kelepasan am jatuh pada hari kelepasan mingguan (Jumaat atau Ahad) mengikut negeri masing-masing selaras dengan seksyen 3 Akta 369

Sumber : https://www.kabinet.gov.my/bkpp/

Hari wilayah 2022

Baca juga: Cuti Tahun Baru Cina 2022 & Cuti Tambahan Sekolah KPM

Apakah Hari Wilayah?

Wilayah Persekutuan ditubuhkan pada 1 Februari 1974 apabila Kuala Lumpur yang dahulunya, sebahagian daripada Selangor diserahkan oleh Sultan Selangor ketika itu, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, kepada kerajaan Persekutuan untuk dijadikan ibu negara dan ditadbir secara langsung.

Melalui Perjanjian Kuala Lumpur, detik bersejarah tercipta apabila Kuala Lumpur diisytiharkan secara rasmi sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Feb 1974 oleh Perdana Menteri ketika itu Tun Abdul Razak.

Labuan pula diangkat menjadi Wilayah Persekutuan kedua pada 1984 diikuti Putrajaya pada 2001.

Ketiga-tiga wilayah ini dikawal selia Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan setiap wilayah ditadbir oleh pihak berkuasa tempatan iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi Kuala Lumpur, Perbadanan Labuan (Labuan) dan Perbadanan Putrajaya (Putrajaya).

Penyatuan tiga wilayah itu juga dilihat penting dalam merangsang perpaduan dan pertumbuhan ekonomi antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Hari Wilayah disambut pada 1 Februari setiap tahun.

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Selit Di Pelapik Roadtax, Lelaki Kongsi Cara Praktikal Tampal RFID

rumah mesra rakyat spnb rmr

Cara Mohon Rumah Mesra Rakyat SPNB Serendah RM55K, RM300 Sebulan