Wanita Baru Keluar Wad Tersesat, Tertekan & Tak Mahu Buka Pintu Kereta

blank

“Always Do At Least One Good Deed A Day For Someone Other Than Yourself”

Bentong, 21 Jun 2022 (Selasa) bertindak daripada maklumat orang awam memaklumkan bahawa sebuah kereta sesat masuk ke kawasan kebun getah.

Sepasukan polis dari Balai Polis Karak, Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong diketuai Sjn Zachary Adams a/k Singkin, Kpl Norsiah Bt Mahammud, Kpl Kamarullzaman bin Shafi’e, Kpl Muhamad Hafiz bin Mohd Hasan dan Konst Alif Ikbar bin Abdul Rashid telah ke lokasi lebih kurang jam 7.10 pagi.

blank

Setelah sampai di lokasi, didapati seorang wanita warganegara tempatan berusia 33 tahun dalam keadaan cemas berada di dalam kereta dan tidak mahu membuka pintu kereta.

Pihak Polis telah menghubungi Bomba untuk mendapatkan bantuan.

Setelah pihak Bomba berjaya membuka pintu kereta mangsa terus memeluk anggota Balai Polis Karak Kpl Norsiah Bt Mahammud sambil menangis teresak-esak.

blank

Mangsa memaklumkan baru keluar wad dan dalam keadaan tertekan.

Seterusnya mangsa dibawa ke Balai Polis Karak.

Anggota Balai Polis Karak telah menghubungi keluarga mangsa untuk datang ke Balai Polis Karak untuk mengambil mangsa.

blank

“A good deed is not just a duty, but above all, a privilege.”

‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’.

Sumber: Polis Bentong