Viral Bil ‘Siakap Kayangan’ Harga RM1196, Giliran Pemilik Restoran Jelaskan Hal Sebenar
Hari ni viral tentang harga ikan siakap sebuah restoran di Langkawi yang dikenakan caj RM1196.80 kepada seorang pelanggan restoran.
Ramai yang terkejut dengan harga ikan siakap tersebut yang kerana dikatakan caj terlalu tinggi dan ‘cekik darah’.
Selepas perkongsian tersebut, banyak lagi perkongsian yang telah berkongsi pengalaman yang hampir serupa apabila makan di restoran tersebut.
Baca: Terkejut Seekor Siakap Di Langkawi Berharga RM1196.80, Bil Keseluruhan RM1852.50!
Disebabkan isu ini, ramai yang bertanya dan menyiasat nama restoran terbabit.
Susulan itu, wakil restoran ikan siakap yang dikenali sebagai Syikin Musa tampil memberi penjelasan terhadap harga yang dikenakan.
Ikuti perkongsian penuh di bawah:
Assalamualaikm Sy wakil dari restaurants yg viral berkenaan dengan SIAKAP HIDUP 7.48kg.
Di sini saya dengan rendah diri cuba menerangkan apa yang berlaku pada hari kejadian , berkenaan dgn size ikan ,saya sendiri sudah menerangkan kepada pihak customer berkenaan dgn size ikan yg besar disebabkan ikan tersebut merupakan ikan show di sangkaq ikan kami dan selalunya kami tidak jual ikan ni dan Sy juga telah rekemen supaya beliau dan ahli keluarga supaya ambil ikan yang lain didalam petak yang untuk order makan(ikan merah Dan kerapu), size ikan di dalam lebih kecil size lebih kurang 1.00kg-1.5kg shaja tetapi pihak customer masih lg insist untuk ambil ikan siakap show walaupun telah di beritahu ikan tersebut bersize mega, dan apabila pihak kami telah tangkap ikan siakap tersebut menggunakkan Tali pancing Dan panggil beliau supaya melihat size ikan semasa beliau di meja makan tetapi beliau menolak untuk melihat size ikan dan beritahu kami proceed dgn ordernya.
Berkenaan dgn anggaran size yg ditunjukkan Oleh pihak kami yg di katakan memanipulasi size ikan pihak kami telah menganggarkan ikan tersebut Dan menunjukkan anggaran size ikan mmg besar Dan disebabkan itu beliau mengambil seekor ikan sahaja.
Tetapi beliau Masih lg proceed untuk order. Dan ada yg mention berkenaan telur dadar yg mahal sebenarnya satu plate ada 3-4 biji dlm satu plate, Dan telur itu bersize besar Dan Sy rasa harga berkenaan normal disebabkan perniagaan kami di floating restaurants mengambil kira kos yg perlu di keluarkan
Point kedua berkenaan dgn cad credit 5% pihak kami tidak caj apa2 pn di dalam pembayaran beliau , bil yg di tunjukkan cuma satu bill sahaja.
Bil pertama berjumlah Rm1759.50 Dan bil kedua berjumlah Rm93.00 total untuk 2 bil tersebut rm1852.50.
Dan berkenaan orang belakang yang dikatakan “pasrah” dgn bill juga tu juga order lobster(950g) hampir 1 kg, ketam, ikan kerapu harimau.
Dan bekenaan dengan harga yang mengatakan harga ikan tidak munasabah, kami menjual ikan hidup dan semua yg dijual di restaurant adalah live seafood. Ikan di darat dijual mungkin rm9/100gram tetapi kami menjual rm16/100gram disebabkan ikan hidup.
Byk yg dalam Komen mention pejabat zakat lhdn apa semua jgn risau semua kami pembayar zakat Dan cukai sebagai warganegara malaysia.
Sumber: Syikin Musa