Sudah Tidak Membongkok, Isteri Kongsi Video Zamani Lepas Pembedahan

ZAMANI SELAMAT DIBEDAH, ISTERI KONGSI VIDEO KEADAAN TERKINI

Isteri kepada penyanyi Zamani Slam iaitu Nur Juliana Abd Rani menerusi laman Instagram telah berkongsi perkembangan terkini suaminya yang baru selesai menjalani pembedahan sekitar jam 3.15 petang, di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada Isnin.

Dalam kenyataan itu juga. Juliana turut mengucapkan terima kasih atas doa peminat untuk kelancaran prosedur pembedahan berkenaan, selain menyertakan gambar bilik pembedahan di mana suaminya menjalani pembedahan membetulkan tulang belakang melengkung akibat penyakit scoliosis.

Syukur Alhamdulillah… Dengan izin Allah Abang Zamani selamat menjalani pembedahan sebentar tadi.. 🤲 Terima kasih atas doa-doa buat Abg Zamani.. 🥰,” demikian catatan ringkas isteri Zamani.

Difahamkan, pembedahan itu hanya mengambil masa dua jam setengah sahaja dan Zamani, 51, dijangka dibenarkan pulang ke rumah dalam tempoh beberapa hari akan datang.

Sebelum ini, penyanyi lagu ‘Gerimis Mengundang’ ini memaklumkan dia akan menjalani proses memasukkan bius dan lain-lain prosedur yang mengambil masa sekitar enam jam.

Dalam masa sama, Zamani turut menjelaskan dia akan menjalani latihan fisioterapi dan tempoh pemulihan bergantung kepada tahap kekuatan antibodi dirinya.

“Mungkin saya ditahan sekitar tiga, empat hari dan selepas itu dibenarkan pulang. Doktor kata kalau nasib baik hari kedua dah boleh bawa kereta.

“Sebenarnya pembedahan ini babitkan tunjang dan ia sangat serius. Namun dua tunjang sahaja bermasalah. Yang lain okey. Cuma saya nak kena jaga saraf-saraf sahaja. Jadi harap tiada apa-apa.

“Proses pemulihan akan makan masa dua minggu hingga enam minggu. Saya akan menjalani latihan fisioterapi. Tapi untuk pulih sepenuhnya, untuk boleh bekerja semula kena ambil masa dalam dua, tiga bulan, ia bergantung pada kekuatan antibodi,” katanya.

Terkini, sebuah video dikongsikan oleh isteri Zamani memaklumkan bahawa Zamani kini telah dibenarkan keluar daripada hospital.

Ramai yang meluahkan rasa syukur dan gembira apabila kelihatan badannya tidak lagi membongkok dan mampu berjalan dengan baik.

Assalamualaikum semua…
(Perkembangan terkini) Alhamdulillah Zamani telah dibenarkan keluar hospital ptg ni. Saya dan Zamani ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Doctor, team operation dan semua kakitangan Sunway Medical Centre Velocity serta kepada semua yang mengambil berat dan mendoakan Zamani sepanjang beliau menjalani pembedahan sehingga ke hari ini. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada Pak Nil @aznilnawawihm , semua peminat-peminat, pihak media dan para penyumbang dana untuk Zamani. Segala budi baik dan doa anda semua amat kami hargai sehingga akhir hayat.

Sumber: Instagram mrsj_zamani

Untuk makluman, Zamani mula menghidap penyakit skoliosis sejak 2015 dan keadaan dilihat semakin teruk baru-baru ini apabila badannya tidak boleh berdiri tegak ekoran tulang belakangnya melengkung sehingga perlu didukung.

Baca juga: [Video] 3 Lelaki Serang Pemandu Ambulans Ditahan