[VIDEO] Terkejut Tengok Pengawal Masuk Rumah Jam 12 Malam, Siap Tukar Baju
Menakutkan! Itulah yang terjadi kepada salah seorang pengguna media sosial, Yuyun Nissa yang berkongsi bagaimana rumahnya dimasuki oleh seorang pengawal keselamatan yang dikenalinya.
Perkongsian yang dibuat di Facebook pada 13 Februari ini mengejutkan ramai, selain melahirkan rasa geram dan marah terhadap pengawal keselamatan @ ‘guard’ berkenaan.
Menurut Yuyun, dia mendapat notifikasi dari CCTV dan tidak menyangka pengawal keselamatan di kawasan perumahannya sendiri telah memecah masuk rumahnya secara senyap dengan tujuan yang tidak baik.
Apa yang lebih mengejutkan, pengawal tersebut sempat menukar pakaian dalam rumah dan menghubungi Yuyun apabila mendapati dia tiada di rumah.
Baca perkongsian sepenuhnya di bawah dan rakaman video CCTV yang berjaya diperolehi dari ruang tamu rumahnya.
[VIDEO] Terkejut Tengok Pengawal Masuk Rumah Jam 12 Malam, Siap Tukar Baju
Hai Assalamualaikum semua.
Just nak share je untuk peringatan semua sentiasa berhati2 dgn orang sekeliling & jgn cepat percaya orang.
Nak di jadikan cerita pada 10/2/22 jam 12.14am pagi yuyun x smpai rumah lagi masih kat luar otw nak balik dr pergi makan.. tiba2 dpt notification apps cctv dr dlm rumah “motion detected” asyik blink2 je terus buka tgok live cctv ..
Allahuakhbar sekali tgok ade seorang lelaki dlm rumah yun, lelaki tu mcm familiar sgt sekali tgok baju dia pakai Oh No!! Kenal sgt..
rupanya security guard perumahan yuyun.. Dia dok berkeliaran dlm rumah naik turun siap buka baju seluar semua , sempat lagi dia whatsapp call yun tanya kat mana .. motif dia bukan nak mencuri @ merompak pun.. dia mmg nak cari yun & mmg ada niat yg x baik..
Rumah semua berkunci tapi dia lagi pandai,
x la tahu mcm mana dia boleh masuk dr mana. Sebab cctv cuma dpt detected kat ruang tamu je.
Kita terus cepat2 call kakak & abg ipar Siti Aisyah Mohamad Lazim Mohd Afif Azmi suruh pergi tgokkan rumah (rumah kakak sebelah lorong je dekat) Bila abg ipar smpai je rumah terus lelaki ni lari keluar rumah smpai tertinggal baju kerja security guard dia.
Tapi Alhamdulillah yuyun bersyukur sgt2 Allah masih perlihara & lindungi yun & anak2..
Ya Allah perasaan takut seram semua ade la. Tak dpt bayangkan kalau yun ade kat dalam rumah dgn anak2 semua..
Allahu, jangan tnya la kita punya nangis mcm apa, orang yang tahu je tahu .
Kes Telah Dilaporkan Kepada Pihak Polis
Long short story,
Sepandai2 tupai melompat jatuh juga.
Esoknya juga dia dpt ditangkap & polis bagi tahu dia ade kes dadah..okay la dah tahu la knp dia berani sgt smpai masuk rumah..
Tapi yun salute dgn Polis Johor #pdrm sgt cekap & cepat buat tangkapan.
Apa2 pun yuyun bersyukur tak ade apa-apa berlaku & cuma nak ingat kan korang walaupun kita duduk dlm perumahan yg ade security guard belum tentu rasa Selamat.. sentiasa berjaga2 & hati2 tau korang..
Dan kes sedang berjalan & tolong doakan urusan yuyun semoga dipermudahkan.. Aamiin..
*Rujuk hantaran asal dan video rakaman CCTV pada hari kejadian di Facebook Yuyun Nissa