in

(VIDEO) 2 Individu Larikan Diri Melalui Kawad Duri PKPD Dikenalpasti

kawad duri pkpd
ADVERTISEMENT

Polis sudah mengenal pasti dua lelaki yang melarikan diri daripada sebuah kawasan perumahan PPR yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Jalan Kampung Pasir, Kampung Pasir di ibu negara, dengan menyusup keluar melalui pagar kawad duri yang dipasang di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Anuar Omar berkata pihaknya menerima laporan mengenai klip video tular yang memaparkan kejadian tiga lelaki melarikan diri melalui kawad duri PKPD tular di media sosial itu pada pukul 4.51 petang semalam.

ADVERTISEMENT

Beliau berkata kedua-dua lelaki yang dikenal pasti berusia 34 dan 46 tahun itu didapati mempunyai rekod jenayah.

Menurut kenyataan media Ketua Polis Daerah Brickfields, YDH ACP Anuar Bin Hj Omar, lelaki berusia 34 tahun itu mempunyai 6 rekod jenayah di bawah kesalahan dadah berbahaya dan pelbagai kesalahan jenayah antaranya samun, curi dan lain-lain lagi.

Manakala lelaki berusia 46 tahun pula mempunyai 9 rekod jenayah bagi kesalahan pecah rumah dan pelabagai kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

Baca juga: PPN: SOP Terkini & Sektor Dibenarkan Beroperasi Pada Fasa 1, 2, 3 & 4

Pihak polis sedang berusaha mengesan lelaki ketiga dan polis meminta orang awam tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan video tular melibatkan 3 individu yang melarikan diri itu.

Sebarang pelanggaran SOP atau maklumat boleh disalurkan melalui pihak polis Brickfields atau mana-mana balai polis terdekat.

Sumber: BERNAMA

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PSU 3.0: Permohonan Baharu Dilanjutkan Sehingga 31 Julai 2021

bantuan oku anis 2.0

Permohonan Bantuan OKU ANIS RM500 (KITA Selangor 2.0)