Tarikh Cuti Hari Wesak 2022
TARIKH CUTI HARI WESAK BAGI TAHUN 2022 DI MALAYSIA
Hari Wesak adalah hari perayaan keagamaan yang dirayakan oleh penganut agama Buddha pada bulan Mei setiap tahun.
Berikut dikongsikan tarikh perayaan Hari Wesak di Malaysia dan Cuti Hari Kelepasan Am Persekutuan yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia.
Tarikh Cuti Hari Wesak 2022
TARIKH CUTI HARI WESAK BAGI TAHUN 2022 JATUH PADA 15 MEI 2022 (AHAD)
Ia termasuk Hari Kelepasan Am Persekutuan, bermaksud semua negeri mengambil cuti umum pada hari ini.
Uniknya, Hari Wesak tahun ini berada dalam bulan Syawal, di mana kemeriahan Hari Raya masih terasa di kalangan umat Islam di Malaysia.
JADUAL HARI KELEPASAN AM PERSEKUTUAN 2022
Baca juga: Tarikh Gaji Penjawat Awam 2022 – Jabatan Akauntan Negara Malaysia
JADUAL HARI KELEPASAN AM NEGERI 2022
Untuk memudahkan anda mencetak, sila muat turun jadual penuh dalam versi PDF di bawah:
Sumber : http://www.kabinet.gov.my/bkpp/index.php/perkhidmatan/hari-kelepasan-am
MUAT TURUN PDF
Anda juga boleh merujuk jadual cuti sekolah dan takwim KPM melalui jadual berikut:
- Cuti Sekolah 2022 : Takwim KPM & Jadual Sesi Persekolahan 2022 / 2023
- Kalendar 2022 & Tarikh Cuti Umum / Cuti Sekolah KPM (Dikemaskini)
Diharap tahun 2022 memberi sinar baru buat kita semua. Rancang cuti anda dengan baik. Patuh SOP dan terus amalkan kawalan kendiri.
Apakah Hari Wesak?
Bagi masyarakat Cina yang majoritinya beragama Buddha, bulan Mei menandakan tibanya Hari Wesak bagi memperingati tiga peristiwa penting dalam hidup Buddha iaitu hari kelahiran, hari mencapai kemantapan fikiran dan hari kematiannya.
Hari Wesak disambut oleh penganut agama Buddha di Malaysia dan seluruh dunia amnya bagi memperingati hari kelahiran, pencapaian kebahagian sebenar (nirvana) serta kematian Siddartha Gautama Buddha.
Perayaan ini secara tidak formalnya dikenali sebagai “hari kelahiran Buddha.”