Hari Pekerja 2023: Tarikh Cuti Umum

Seperti yang ramai dah sedia maklum, cuti Hari Pekerja jatuh pada 1 Mei setiap tahun. Ini adalah merupakan cuti umum bagi setiap negeri di Malaysia.

Jom kita tengok kalendar bulan Mei 2023 untuk mengetahui lebih lanjut tentang Cuti Hari Buruh @ Labour Day bagi tahun ini.

Apakah Hari Pekerja?

Tahukah anda, Hari Pekerja yang disambut pada 1 Mei setiap tahun ini merupakan satu sambutan tahunan peringkat antarabangsa.

Hari tersebut telah diisytiharkan sebagai Hari Kelepasan Am oleh lebih 80 buah negara di seluruh dunia dan kebanyakannya diraikan dengan sambutan-sambutan secara tidak rasmi anjuran kesatuan sekerja.

Menyoroti sejarah, Hari Pekerja Antarabangsa yang juga dikenali sebagai ‘May Day’ atau Hari Mei telah ditetapkan sebagai acara tahunan semasa persidangan Kongres Pekerja Antarabangsa di Paris, Perancis pada tahun 1891.

Hari Pekerja 2023

Bagaimana tarikh 1 Mei dipilih untuk sambutan ini?

Tarikh 1 Mei digunakan kerana pada tahun 1884, Persekutuan Persatuan Pekerja dan Buruh di Kanada memohon agar lapan jam waktu bekerja di Amerika Syarikat dikuatkuasakan pada 1 Mei 1886.

Ini mengakibatkan peristiwa mogok Haymarket di Chicago (Haymarket Massacre) yang membabitkan kematian 4 orang pekerja.

Sejak itu, ahli-ahli kesatuan sekerja di seluruh dunia telah diwajibkan untuk tidak bekerja pada 1 Mei dan digesa untuk menjalankan demonstrasi bagi penetapan waktu bekerja sehari dan memperjuangkan hak-hak tempat kerja yang selamat.

BACA JUGA: Kalendar 2023 & Tarikh Cuti Umum / Cuti Sekolah Di Malaysia

Sejarah Sambutan 1 Mei Di Malaysia

Di Malaysia, Hari Pekerja diiktiraf secara rasminya pada tahun 1973 setelah mantan Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman, mengumumkan 1 Mei sebagai hari kelepasan am bagi pekerja pada 20 Mei 1972.

Pengumuman itu dianggap penting kerana ia bukan sahaja mengiktiraf sumbangan pekerja, malah secara tidak langsung menunjukkan bahawa Malaysia turut bersetuju dengan keputusan Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) yang meluluskan 1 Mei sebagai Hari Pekerja atau Hari Mei.

BACA JUGA: Cuti Tambahan Sempena Hari Raya Aidilfitri 2023 – PM

Tarikh Cuti Hari Pekerja 2023 & Cuti Ganti

Di Malaysia, 1 Mei adalah cuti umum bagi setiap negeri. Bagi tahun 2023, 1 Mei jatuh pada hari ISNIN. Menariknya, cuti hari buruh ini jatuh dalam awal bulan Syawal.

Tahukah anda, cuti hari buruh ini termasuk dalam 5 hari kelepasan am yang wajib diberikan oleh majikan kepada pekerja mengikut Seksyen 60D(1)(a) & (b) Akta Kerja 1955.

Jika pekerja diperlukan dan diarahkan oleh majikan untuk bekerja, bayaran tambahan perlu dibayar [Rujuk Seksyen 60D(3) Akta Kerja 1955].

Hari Pekerja 2023
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: