Tahun Baru Cina 2024: Tarikh Cuti Umum CNY

Tahun Baru Cina 2024: Tarikh Cuti Umum CNY Di Malaysia | Tahun Baru Cina adalah salah satu perayaan yang disambut secara besar-besaran di Malaysia.

Sehubungan dengan itu, ia adalah merupakan antara hari cuti umum yang utama untuk seluruh negeri di Malaysia.

Setiap tahun, cuti umum CNY adalah sebanyak 2 hari mengikut kalendar umum.

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya.

Tahun Baru Cina – CNY

Tahun Baru Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama zodiak Cina (nama haiwan).

12 haiwan yang menaungi kalendar lunar ialah tikus, lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan khinzir. Setiap haiwan membawa signifikasi yang tersendiri. Untuk tahun 2024, ia merupakan tahun Naga.

Pada malam Tahun Baru Cina, semua ahli keluarga akan berkumpul beramai-ramai untuk jamuan makan besar bagi mengeratkan hubungan sesama keluarga.

tahun baru cina cny 2022

Ahli-ahli keluarga yang telah berumahtangga akan memberi ‘angpau’ kepada saudara mara dan sahabat masih muda.

Tradisi ini bermaksud kebahagian yang berpanjangan.

Sepanjang perayaan ini, tarian singa akan dimainkan dari rumah ke rumah untuk memberi berkat serta kesejahteraan kepada keluarga penganut.

BACA JUGA: Pengenalan Program ID Digital Nasional (IDN) Bermula 2024

Tarikh Cuti Tahun Baru Cina 2024

Tarikh Tahun Baru Cina akan berubah setiap tahun kerana ia mengikut tarikh dalam kalendar lunar, tetapi ia selalunya jatuh pada awal tahun dalam bulan Januari atau Februari.

Untuk tahun 2024, tarikh cuti umum CNY adalah pada 10 Februari 2024 bersamaan Hari Sabtu.

Memandangkan hari kedua CNY adalah pada 11 Februari (Ahad) juga merupakan cuti umum.

Tahun Baru Cina 2024: Tarikh Cuti Umum CNY

Tarikh cuti umum dan negeri serta perkara-perkara cuti masih tertakluk kepada pindaan rasmi oleh Bahagian Kabinet, Perlembagaan Dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri.

BACA JUGA: Tarikh Buka Sekolah & Kalendar Akademik Sesi 2024/2025 – KPM

Cuti Sekolah Tambahan KPM

KPM memperuntukkan cuti tambahan 1 hari untuk sekolah-sekolah sempena CNY 2024.

Cuti tersebut ialah pada hari Jumaat, 9 Februari 2024.

Walau bagaimanapun, CNY 2024 jatuh pada Cuti Akhir Persekolahan Sesi 2023/2024 selama 1 bulan.

Rujuk Kalendar Akademik di bawah:

Tahun Baru Cina 2024: Tarikh Cuti Umum CNY
Tahun Baru Cina 2024: Tarikh Cuti Umum CNY

KUMPULAN A : Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu

  • Cuti Akhir Persekolahan bermula 9 Februari 2024 hingga 9 Mac 2024
  • Jumlah cuti : 30 hari

KUMPULAN B : Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya

  • Cuti Akhir Persekolahan bermula 10 Februari 2024 hingga 10 Mac 2024
  • Jumlah cuti : 30 hari

Harap Maklum.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: