KPM Adakan Soal Selidik Benarkan Penggunaan Telefon Bimbit Di Sekolah

Soal Selidik Berkaitan Kebenaran Murid Membawa dan Menggunakan Telefon Bimbit di Sekolah

Adakah anda setuju dengan penggunaan telefon bimbit untuk murid di sekolah?

Terkini, KPM sedang mengadakan soal selidik bagi mendapatkan maklumbalas orang ramai tentang kebenaran penggunaan telefon bimbit di sekolah oleh murid-murid.

Soal selidik ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada pelbagai pihak berkaitan kebenaran murid membawa dan menggunakan telefon bimbit di sekolah.

Dapatan daripada tinjauan ini akan menjadi sandaran kepada pihak KPM untuk membuat perancangan dan keputusan berkaitan dengan perkara tersebut.

Soal selidik boleh diakses melalui pautan berikut bermula 23 November hingga 7 Disember 2021: https://www.moe.gov.my/e-penyertaanmenu/soal-selidik

Dalam sebuah laporan KOSMO sebelum ini, Kementerian Pendi­dikan (KPM) tidak menolak kemungkinan membenarkan pelajar terutama di tingkatan enam dan lima untuk membawa telefon bimbit masing-masing bagi melicinkan proses pendaftaran masuk dan keluar ke sekolah secara harian.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin bagaima­napun berkata, mekanisme cadangan itu masih dalam penelitian dan ketetapan berhubung perkara tersebut belum dilakukan lagi. “Buat masa ini kita masih belum ada ketetapan umum (cadangan membenarkan pelajar membawa telefon bimbit) dan sedang meneliti bagaimana sudut operasinya. 

Apa pendapat anda?

Ayuh, suarakan pendapat anda melalui soal selidik ini!

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: