Semakan Keputusan STPM 2022 Mulai 13 Julai Ini – MPM
Semakan Keputusan STPM 2022 | Untuk pengetahuan anda, keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2022 akan diumumkan pada Khamis, 13 JULAI 2023 ini.
Calon-calon boleh mengakses keputusan masing-masing bermula jam 11.30 pagi, menurut Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang cara membuat semakan keputusan dan cetakan slip keputusan calon.
Tarikh Semakan Keputusan STPM 2022
Tarikh pengumuman keputusan STPM 2022 telah diumumkan pada tarikh dan waktu seperti berikut:
- Hari : Khamis, 13 Julai 2023
- Masa : 11.30 pagi
Baca juga: Sijil Hilang? Ini Cara Dapatkan Secara Online (e-Lembaga Peperiksaan)
2 Kaedah Semakan Keputusan STPM 2022
Terdapat 2 kaedah yang boleh digunakan untuk menyemak keputusan STPM 2022 yang bakal diumumkan. Sila rujuk langkah-langkah di bawah ini.
1. Semakan Melalui Portal MPM :
Calon boleh menyemak keputusan STPM 2022 melalui Portal MPM dengan melayari pautan berikut: https://stpm.mpm.edu.my/stpmK
Semakan boleh dibuat mulai 13 Julai 2023 pada jam 11.30 pagi.
2. Semakan melalui SMS :
Taip: STPM<jarak>No.K/P>AngkaGiliran dan hantar ke 15888. Semakan melalui SMSM boleh dilakukan bermula jam 11.00 pagi.
Cara Membuat Rayuan Semak Semula Keputusan STPM 2022
Sekiranya terdapat sebarang isu dan calon ingin melakukan rayuan semak semula keputusan STPM 2022, calon boleh berbuat demikian pada tarikh yang ditetapkan setelah keputusan diumumkan.
Sila rujuk langkah -langkah di bawah untuk mengetahui cara-cara membuat keputusan rayuan penyemakan semula keputusan STPM:
1. Bayar Online:
Anda perlu membeli pin MEC (pin number) di pautan berikut: https://mypay.com.my/web/mpm/
Bayaran permohonan Rayuan Semak Semula adalah RM50.00 bagi satu matapelajaran.
Pastikan calon menerima email resit pembayaran daripada MyPay setelah melakukan pembayaran. PIN NUMBER boleh diperolehi dalam resit tersebut.
2. Mohon Online:
Kemudian, isi borang permohonan penyemakan semula keputusan STPM secara atas talian di pautan berikut: https://mecea.mpm.edu.my/SS_STPM/
Masukkan PIN yang anda perolehi dan pilih kertas yang ingin disemak semula.
Calon dikehendaki mencetak Penyata Permohonan Rayuan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan sebagai bukti permohonan telah berjaya.
3. Keputusan:
Semak keputusan Rayuan Penyemakan Semula Keputusan STPM selepas 20 hari bekerja dari tarikh tutup permohonan melalui pautan berikut: https://mecea.mpm.edu.my/SS_STPM/
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila hantarkan pertanyaan anda ke alamat emel berikut: [email protected]
Anda juga boleh rujuk laman web rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) di pautan berikut: https://www.mpm.edu.my/en/
ATAU hubungi;
Majlis Peperiksaan Malaysia. Persiaran 1, Bandar Baru Selayang,68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.
Telefon : 03-6126 1600
Faks : 03-6136 1488