in

Gerhana Bulan Penuh 26 Mei: Cara Solat Sunat Khusuf & Teks Khutbah

ADVERTISEMENT

FENOMENA GERHANA BULAN PENUH & CARA SOLAT SUNAT KHUSUF

Pada 26 Mei 2021 bersamaan 14 Syawal 1442H ini akan berlakunya fenomena Gerhana Bulan Penuh di seluruh Malaysia.

Gerhana akan mula kelihatan di ufuk timur, selepas terbenamnya Matahari atau selepas Maghrib.

Gerhana akan berakhir pada jam 8:52 malam.

Seluruh umat Islam disyariat untuk mendirikan solat sunat gerhana bulan (solat sunat Khusuf) selepas solat fardhu maghrib.

Solat sunat gerhana bulan

Panduan Ringkas Solat Sunat Khusuf (Gerhana Bulan)

Solat gerhana ini disunatkan untuk ditunaikan secara berjemaah dengan diseru sebelum mendirikannya : as-Solatu Jaami’ah! ( Solat berjemaah ).
Juga disaran dilaksanakan secara sendirian.

Niatnya :

Usolli sunnatal khusufi rak’ataini (ada’an / imaman) lillahi taala

“Sahaja aku solat sunat khusuf dua rakaat mengikut imam kerana Allah Ta’ala” – (Jika berimam)

ataupun
“Sahaja aku solat sunat khusuf dua rakaat kerana Allah Ta’ala” – (Jika solat seorang diri)

Solat gerhana ini boleh dilakukan secara berseorang atau secara berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah.


Solat Gerhana mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud.

Iaitu seperti berikut :

RAKAAT PERTAMA

  1. Niat solat Gerhana, Takbir
  2. Baca Surah Al-Fatihah dan surah
  3. Rukuk
  4. I’tidal
  5. Baca Al-Fatihah dan surah
  6. Rukuk.
  7. I’tidal.
  8. Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.

RAKAAT KEDUA

  1. Takbir rakaat ke-2.
  2. Baca Al-Fatihah dan surah.
  3. Rukuk.
  4. I’tidal,
  5. Baca Al-Fatihah dan surah.
  6. Rukuk.
  7. I’tidal.
  8. Sujud
  9. Tahiyyat Akhir

NOTA:

*Sunat dibaca nyaring pada bacaan fatihah dan surah semasa sembahyang gerhana bulan, tidak disunatkan baca secara nyaring pada sembahyang gerhana matahari.

*Setelah selesai sembahyang disunatkan membaca khutbah seperti dua khutbah hari raya, tetapi tidak disunatkan takbir pada dua khutbah itu.

Solat sunat gerhana bulan

Baca juga: Fenomena Istiwa’ A’dzam 28 Mei 2021: Cara Buat Semakan Kiblat Yang Tepat Di Rumah

Teks Khutbah Gerhana Bulan Penuh

Khutbah boleh di muat turun di e-Khutbah JAKIM 2021 di bawah:

Tajuk Khutbah Gerhana Bulan Penuh , 26 Mei 2021: Menginsafi Kekuasaan Allah (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM)

khutbah gerhana bulan 2021 jakim
khutbah gerhana bulan 2021 jakim

Muat turun PDF:

Rujuk panduan membaca khutbah gerhana: JAKIM: Panduan Khutbah Gerhana Bulan Penuh 26 Mei 2021

Jangan lepaskan peluang menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh ini dan sama-sama kita menzahirkan kesyukuran serta keinsafan melalui amalan-amalan yang baik, contohnya dengan melakukan solat sunat, bersedekah, bertakbir dan mengingati kebesaran serta takut azab Allah.

Semoga bermanfaat.

Sumber : Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Promosi Starbucks ‘Buy 1 Free 1’ Sempena Hari Wesak 26 Mei

Ini Senarai 4 Jenama Smartphone Yang Anda Boleh Dapatkan Pada Harga Di Bawah RM1,888