in

Zoo Negara Bakal Tawarkan Pakej Penganjuran Majlis Perkahwinan

ADVERTISEMENT

Pernah terfikir nak adakan majlis perkahwinan dalam Zoo? Mesti pengalaman yang lain daripada lain kan?

Menurut laporan terkini, Zoo Negara bakal memperkenalkan pakej penganjuran majlis perkahwinan di premis itu sebagai produk alternatif dalam menjana pendapatan selepas Aidilfitri ini.

Timbalan Presiden Zoo Negara, Rosly @ Rahmat Ahmat Lana berkata, pakej terbabit dirancang ditawarkan pada harga berpatutan yang akan menjadi tarikan terbaharu pada masa akan datang.

Baca juga: Zoo Negara Akan Dibuka Bermula 5 Mac Dengan Diskaun Tiket 20%

Pakej perkahwinan zoo negara
Sumber foto: Harian Metro

“Memang kita ada rancangan jayakan idea ini (pakej perkahwinan) selepas Aidilfitri untuk tampung perbelanjaan dan menjana pendapatan sedia ada.

“Kalau kita boleh adakan majlis perkahwinan di Dewan Kancil, Zoo Negara, mungkin kita akan kaji prosedur operasi standard (SOP) serta bagaimana kemasukan tetamu tanpa melalui pintu sedia ada.

“Pada masa sama, semua tetamu yang hadir juga akan diberikan 50 peratus diskaun tiket kemasukan ke Zoo Negara pada hari berkenaan,” katanya dalam sidang media selepas Program Walimatul Urus-Raikan Cinta meraikan dua pasangan mempelai di Zoo Negara, hari ini.

Untuk makluman, buat masa ini Panggung Tunku Abdul Rahman juga dibuka untuk sewaan, di mana ia boleh memuatkan 200 penonton.

Pakej perkahwinan zoo negara
Pakej perkahwinan zoo negara

Mengenai status terkini kewangan Zoo Negara, Rosly berkata, mereka mampu meraih pendapatan sehingga RM11 juta tahun ini menerusi pelbagai inisiatif termasuk sumbangan dana, pengambilan haiwan angkat, program Jom Memancing @ Zoo Negara serta kemasukan pengunjung.

“Apabila Zoo Negara dibuka sejak lebih sebulan lalu, kita terima sambutan menggalakkan, malah lebih baik berbanding sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu.

“Saya juga berterima kasih kepada semua pihak kerana menyokong kami hingga mampu meraih RM11 juta tahun ini berbanding hanya RM10 juta tahun lalu.

“Apa yang saya boleh katakan memang kewangan kita sekarang mencukupi untuk menampung kos seperti gaji pekerja, perubatan dan makanan haiwan, tetapi jika PKP dilanjutkan lagi dalam tempoh lima ke enam bulan, mungkin kita terpaksa merayu lagi bantuan untuk kelangsungan,” katanya.

Dalam pada itu, melihat kepada sambutan menggalakkan dalam program Jom Memancing @ Zoo Negara, pihaknya akan menambah lima tan lagi ikan pelbagai spesies dalam masa terdekat.

“Sehingga kini, kita sudah meletakkan satu setengah tan ikan dalam Tasik Tunku Abdul Rahman dan bakal menambah lima tan ikan lagi dalam masa terdekat bagi menarik minat pemancing,” katanya.

Wah, dah makin banyak tarikan di Zoo Negara kan?

Jadi apa lagi, jom sama-sama kita bagi sokongan pada Zoo Negara ok!

*Sumber: Harian Metro

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

11 Makanan Sahur Yang Mengenyangkan, Tahan Lebih Lama & Bertenaga

Jual Air Kosong Lebih RM1, KPDNHEP Keluarkan Notis