MyBrain 2.0: Syarat Kelayakan & Jumlah Elaun – Biasiswa Master dan PHD

MyBrain 2.0: Syarat Kelayakan & Jumlah Elaun – Biasiswa Master dan PHD ~ Untuk makluman anda, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) kini bakal melaksanakan semula program biasiswa MyBrain15 dengan dijenamakan semula sebagai MyBrain 2.0 bermula pada tahun depan, 2024. 

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya. 

BACA JUGA: BPKNS – Permohonan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak

MyBrain 2.0

MyBrain 2.0 (dulu dikenali sebagai MyBrain15) adalah merupakan antara program biasiswa yang pernah diperkenalkan mulai 2011 namun dihentikan pada tahun 2016. 

Ia merupakan biasiswa yang diperkenalkan untuk individu melanjutkan pendidikan di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah.

500 penerima tajaan disasar setiap tahun dalam bidang-bidang kompetitif dengan peruntukkan sebanyak RM20 juta. 

Objektif pelaksanaan kembali program biasiswa ini adalah untuk:

  • Membangunkan modal insan dan pemerkasaan bakat berkemahiran tinggi dalam bidang penyelidikan.
  • Menyumbang kepada kebolehpasaran graduan, peningkatan kerjaya, peningkatan pendapatan dan taraf hidup.
  • Meningkatkan visibiliti dan penarafan Universiti Awam (UA) dan sektor pendidikan tinggi Malaysia.

>> Dapatkan KALENDAR 2024 di sini

Penambahbaikan & Pengukuhan Yang Diperkenalkan

Selain penukaran nama, program biasiswa ini akan menyaksikan beberapa pengukuhan daripada aspek cakupan dan pelaksanaannya.

Antara penambahbaikan dan pengukuhan program biasiswa ini yang diperkenalkan adalah seperti berikut:

  • Memastikan pelajar tamat pengajian tepat pada masanya.
  • Pelajar boleh memilih tempat pendidikan di UA dan IPTS yang terpilih.
  • Melalui tapisan kelayakan akademik yang ketat.
  • Sesi temuduga diwajibkan bagi pelajar baharu.
MyBrain 2.0: Syarat Kelayakan & Jumlah Elaun - Biasiswa Master dan PHD

Syarat Kelayakan

  • Orang awam yang tidak bekerja; atau
  • Tidak mempunyai pendapatan tetap; dan
  • Pensyarah Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

Cara Membuat Permohonan MyBrain 2.0

Biasiswa MyBrain 2.0 ini boleh dimohon oleh semua yang layak bermula Januari tahun 2024. 

Cara membuat permohonan untuk MyBrain 2.0 akan diperincikan kelak. 

BACA JUGA: Sumbangan Tunai Rahmah 2024 – Kemaskini Maklumat & Tarikh Permohonan Baru

Jumlah Elaun

Jumlah elaun yang sara hidup yang ditawarkan menerusi program biasiswa ini adalah RM1,000 sebulan sepanjang pengajian.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai program biasiswa ini, sila layari laman web KPT di pautan berikut: https://www.mohe.gov.my > https://www.mohe.gov.my/perkhidmatan/biasiswa 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: