Tambang Percuma MRT & LRT Selama Sebulan (16 Jun – 15 Julai 2022)

Sempena pembukaan rasmi MRT laluan Putrajaya fasa 1, Perdana Menteri YAB Dato’ Sri Ismail Sabri telah mengumumkan pemberian perkhidmatan percuma bagi semua pengangkutan awam di bawah kendalian Rapid KL, MRT, LRT, BRT dan monorel serta bas Rapid KL selama sebulan.

Pembukaan sepenuhnya MRT Laluan Putrajaya dijangka mencatat bilangan awal penumpang harian melebihi 104,000 orang, menurut YAB Perdana Menteri.

Melalui penyediaan kemudahan laluan MRT Putrajaya, Perdana Menteri berkata ia akan terus menjadi pemangkin ke arah mengeratkan hubungan antara komuniti penduduk terutamanya yang tinggal berdekatan dengan jajaran.

MRT Laluan Putrajaya Fasa 1 (Kwasa Damansara – Kampung Batu)

MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu sepanjang 17.5 kilometer (km) meliputi 12 stesen termasuk tiga stesen yang pada asalnya sebahagian daripada MRT Laluan Kajang dibuka kepada orang ramai mulai 15 Jun 2022.

Sembilan stesen baharu yang dibuka ialah Damansara Damai, Sri Damansara Barat, Sri Damansara Sentral, Sri Damansara Timur, Metro Prima, Kepong Baru, Jinjang, serta Sri Delima dan Kampung Batu.

Penumpang yang menggunakan laluan Putrajaya Fasa 1 akan menikmati pertukaran lancar ke MRT laluan Kajang, yang membolehkan mereka menukar laluan lebih cepat dengan platform di aras sama di stesen Kwasa Damansara.

Bas pengantara dan bas Go-KL akan disediakan di stesen bagi menyambungkan destinasi pertama dan terakhir.

Berdasarkan kenyataan MRT Corp, MRT laluan Putrajaya fasa satu akan membawa orang ramai lebih dekat kepada alam semula jadi dengan menawarkan sambungan ke Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan Taman Metropolitan Kepong.

Laluan itu pada awalnya dijadualkan mula beroperasi pada Ogos 2021, tetapi ditangguhkan ke pertengahan November lalu sebelum berdepan kelewatan sekali lagi.

Selepas siap sepenuhnya, MRT laluan Putrajaya akan meliputi jajaran sepanjang 57.7 kilometer dengan 36 stesen dari Kwasa Damansara ke Putrajaya.

Tarikh Tambang Percuma

Perkhidmatan percuma bagi semua pengangkutan awam di bawah kendalian Rapid KL, MRT, LRT, BRT dan monorel serta bas Rapid KL selama sebulan sempena pembukaan rasmi MRT laluan Putrajaya Fasa 1 bagi tempoh berikut:

16 Jun 2022 hingga 15 Julai 2022

mrt putrajaya percuma

Maklumat Lanjut

Untuk info lanjut tentang perkhidmatan percuma MRT, LRT, BRT, Monorel dan Bas RapidKL, sila rujuk saluran berikut:

https://twitter.com/MRTMalaysia/status/1536158495132684288

Baca juga:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: