Doktor Gigi Beri Amaran, Snek Viral Honey Frozen Boleh Patahkan Gigi
SNEK VIRAL HONEY FROZEN BOLEH JADI PUNCA GIGI PATAH?
Anda pernah dengar tentang frozen honey?
Baru-baru ini makanan berasaskan madu tersebut menjadi tular di aplikasi TikTok selepas beberapa orang memaparkan video tentang cara untuk membuat frozen honey di dalam botol.
Apa yang lebih mengujakan, video TikTok yang meletakkan tanda pagar #frozenhoney itu telah mengumpul lebih 1.2 bilion tontonan.
Bila baca rasa macam sedap kan?
Namun tahukah anda sebenarnya snek viral sejuk beku ini boleh memberikan kesan buruk kepada gigi kita? Biasalah, makanan manis memang tidak bagus untuk kesihatan gigi.
Cara Buat Frozen Honey
Sebelum itu, kami kongsikan dahulu cara-cara untuk buat Frozen Honey ini. Jangan salah faham, bukannya kita tidak boleh makan langsung tetapi hadkan pengambilan makanan ini kerana ianya boleh mendatangkan kesan yang tidak baik kepada kita. Okay?
Pertama sekali, tuangkan madu sebanyak mungkin ke dalam botol plastik dengan bukaan lebar (seperti botol air).
Selepas selesai masukkan madu ke dalam botol, masukkan botol ke dalam peti sejuk selama beberapa jam atau semalaman sebelum sedia untuk dimakan.
Bila anda nak makan frozen honey tersebut, tekan botol sehingga madu keluar dari atas dan keluarkan frozen honey tersebut sedikit demi sedikit.
Akan Terjadi Kaviti Gigi
Untuk pengetahuan anda, berkemungkinan besar gigi kita akan berlaku kaviti gigi selepas makan honey frozen tau. Bagaimana boleh terjadi? Kaviti atau kerosakann gigi boleh berlaku apabila zarah gula daripada makanan akan menggalakkan bakteria seterusnya menghasilkan plak gigi.
Madu cenderung untuk terapung lebih lama daripada gula biasa di permukaan gigi, dan apabila ia membeku, tempohnya bersentuhan dengan permukaan gigi semakin lama.
Frozen Honey boleh jadi penyebab gigi patah?
Kesimpulannya, selagi madu lembut dan tidak keras seperti batu, anda boleh mengurangkan risiko patah gigi. Namun begitu, jika anda mempunyai masalah gigi yang serius, sebaiknya elakkanlah makan makanan manis seperti ini ya.
Untuk mengelakkan berlakunya kaviti, pastikan anda sentiasa menggosok gigi selepas makan madu beku, sekurang-kurangnya selepas 30 minit makan madu tersebut.
Jangan berus dengan segera kerana gula akan melembutkan enamel gigi.
Selain itu, memberus terlalu cepat dan laju selepas makan boleh merosakkan gigi kita.
Sumber: allure.com