Letupan Bom Di Indonesia: Pasangan Suami Isteri Disahkan Anggota Pengganas

Pasangan suami isteri yang dikenal pasti terlibat dalam kejadian letupan bom di luar kawasan gereja di Makkasar, Sulawesi Selatan pada Ahad disahkan anggota kumpulan pengganas Jamaah Ansharut Daulah (JAD).

Ketua Divisi Hubungan Masyarakat Polis Indonesia Argo Yuwono berkata siasatan awal mendapati pasangan itu baru berkahwin enam bulan lepas.

“Suspek lelaki dikenali sebagai “L “, sementara wanita “YSF”, seorang pekerja swasta. Polis masih menyiasat suspek lain yang turut terbabit dalam perancangan kejadian itu,” kata Argo pada sidang media menerusi webinar, di Jakarta.

JAD merupakan kelompok pengganas di Indonesia yang terbabit dalam beberapa kejadian keganasan di Indonesia sejak 2004, kumpulan itu turut dikaitkan dengan kegiatan pengganas di Iraq dan Syria.

Siasatan latar belakang penyerang itu dan kumpulan yang mereka wakili sedang giat dijalankan, antaranya dengan menggeledah beberapa lokasi termasuk rumah pasangan itu.

Berdasarkan maklumat yang dikumpulkan daripada jiran tetangga, kedua-dua pelaku itu selama ini menunjukkan perilaku yang tidak mencurigakan, malah sentiasa berinteraksi dengan penduduk di kejiranan berkenaan.

https://www.facebook.com/188457585554/posts/10159434692350555/

Dari 19 mangsa yang cedera, sekarang ini tinggal 15 orang yang masih menerima rawatan.

*Sumber: BERNAMA

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: