KISS Selangor: Daftar Bantuan RM200 Sebulan Untuk Ibu Tunggal B40
Kerajaan negeri Selangor perkenalkan program bantuan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) untuk membantu para ibu dari kumpulan B40 dengan bantuan kewangan bagi pembelian barang keperluan asas dengan had RM200 sebulan di pasaraya dan kedai berdaftar.
Oleh itu, sesiapa yang berminat bolehlah mengetahui lebih lanjut tentang syarat kelayakan dan membuat permohonan untuk mendaftar program KISS Selangor 2021 / 2022 ini.
Apakah Program KISS Selangor?
Kasih Ibu Smart Selangor (KISS Selangor) adalah sebuah program kebajikan khusus bagi kaun ibu di Selangor.
Program ini bertujuan mengurangkan beban kos sara hidup menerusi bantuan kewangan bagi pembelian barangan keperluan asas.
Menerusi program ini, peserta program ini dapat membeli barangan keperluan asas di kedai dan pasaraya yang berdaftar secara cashless (tanpa tunai menggunakan kad KISS Selangor).
Syarat Kelayakan
SYARAT UTAMA
- Berdaftar sebagai pemohon BSH di bawah kategori pendapatan bawah RM2000 atau tersenarai sebagai golongan miskin atau miskin tegar di pengkalan data eKasih
Syarat-syarat lain:
- Warganegara Malaysia
- Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun
- Pemilih berdaftar di Negeri Selangor
- Ibu tunggal yang mempunyai anak/tanggungan di bawah umur 18 tahun atau di bawah umur 21 tahun untuk yang masih berpengajian tinggi.
- Pendapatan isi rumah bawah RM2,000 sebulan
Baca juga : Pesta Di Arab Saudi Tanda Bencana Umat Akhir Zaman – Ustazah Asma’ Harun
Manfaat Kad KISS Selangor
Jika anda layak dan berjaya diterima dalam Program KISS Selangor, anda akan mendapat Kad Kasih Ibu Smart Selangor yang ditambah nilai secara automatik RM200 sebulan.
Kad KISS yang berfungsi seperti kad debit ini boleh digunakan untuk membuat pembelian barang keperluan di pasaraya berdaftar.
Senarai barangan asas yang boleh dibeli melalui kad ini ialah
- Beras
- Mi dan bihun
- Roti
- Biskut
- Telur
- Gula dan garam
- Rempah ratus, sos kicap dan sebagainya
- Tepung
- Minyak masak
- Sayuran dan buah-buahan
- Daging, ayam, ikan
- Sabun, bahan pencuci dan kelengkapan mandi
- Lampin pakai buang (bayi dan dewasa)
- Produk tenusu
- Barangan persekolahan
Cara menggunakan kad boleh dirujuk dalam rajah di bawah ini.
Senarai kedai berdaftar boleh dirujuk di SINI.
Baca juga: Cuti Penggal Sekolah Akhir Tahun 2021 & Tarikh Buka Sekolah 2022
Cara Daftar Program KISS Selangor 2021 / 2022
Cara mendaftar Program KISS Selangor 2021/2022 boleh dilakukan melalui cara ini:
i) Secara Manual
Borang pendaftaran boleh di muat turun dari Laman Web Rasmi Kasih Ibu Smart Selangor atau boleh diambil di :
- Pejabat Ahli Dewan Negeri / Penyelaras Dewan Negeri
- Pejabat Ahli Parlimen / Penyelaras Parlimen
- Pejabat Ketua-Ketua Kampung Tradisi, Kampung Baru, Kampung Bagan, Ketua Komuniti India, Pejabat Ahli Majlis
- Pusat Wanita Berdaya
Isi borang dengan lengkap dan sertakan sekali dokumen yang diperlukan.
Borang permohonan yang lengkap hendaklah diserahkan ke Pejabat Ahli Dewan Negeri / Penyelaras Dewan Negeri / Pejabat Exco Kebajikan Kerajaan Negeri Selangor.
Sila rujuk SENARAI ALAMAT PEJABAT AHLI DEWAN NEGERI KERAJAAN DAN
PENYELARAS DUN.
ii) Secara Online
Pendaftaran boleh dilakukan di https://secure.kiss.com.my/single-mother.
Maklumat lanjut boleh didapatkan di https://www.kiss.com.my/.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut tentang Program Kasih Ibu Smart Selangor ini, anda boleh hubungi pihak pengurusan di talian hotline 1800-22-6600, talian telefon 03-5525 6900 atau e-mel [email protected].
Anda juga boleh menghantar mesej melalui laman web di SINI.