in

Kes Video Viral: Bapa Pijak 2 Anak Sambil Acu Pisau Ditahan Polis

ADVERTISEMENT

KES DERA KANAK-KANAK : POLIS TAHAN BAPA KANDUNG

TAWAU, 15 April 2021 – Dua kanak-kanak lelaki dan perempuan berusia antara 3 dan 5 tahun menjadi mangsa dera bapa kandung di Ladang Giram Ulu Balung, Tawau.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Ak Umbuas berkata, video mengenai kanak-kanak malang itu turut menjadi viral di laman sosial sejak semalam, dan dikongsi oleh pengguna di Facebook.

Kesal dengan tindakan itu, seorang anggota Polis Bantuan di Ladang Giram Divisyen Ulu Balung Tawau telah melihat satu video yang tular di media sosial berkenaan tampil membuat laporan Polis di Balai Polis Seri Indah, Tawau kira-kira 1126 pagi semalam.

“Setelah meneliti kandungan video berkenaan, pengadu mendapati kejadian tersebut berlaku di kawasan perumahan pekerja Ulu Balung, Tawau,”

Dalam video berdurasi 26 dan 16 saat itu yang dirakam sendiri oleh suspek, memaparkan seorang lelaki telah memijak 2 kanak-kanak lelaki dan perempuan sambil memegang sebilah pisau.

Bertindak atas maklumat, sepasukan Polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau dan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna telah menahan suspek di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Andung Jalan Kabogan Semporna.

“Motif kejadian adalah dipercayai berlaku krisis rumah tangga suspek dan bertindak mengugut isteri suspek untuk pulang ke rumah dengan cara mendera kedua-dua orang anak suspek,” katanya ketika mengadakan sidang media petang tadi.

Suspek seorang warga asing berumur 20 tahun kini ditahan reman untuk siasatan lanjut manakala kedua-dua kanak-kanak tersebut dirujuk ke Hospital Tawau bagi tujuan pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Kes disiasat mengikut seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998.

Polis juga turut merampas sebuah telefon bimbit jenama Oppo dan sebilah parang berukuran panjang 31cm.

Penulis / Jurugambar :
KPL Hasri Bin Mohamad
Media IPD Tawau

*Sumber: FB Rasmi Polis Daerah Tawau via PDRM

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jenama Kelen Munoz Menawarkan Potongan Harga Sehingga 70% Di Lazada. Berbaloi Baloi!

Amaran Ribut Petir Hingga 17 April, Orang Ramai Diminta Waspada – MET Malaysia