ABPBH 2023 : Tarikh, Cara Mengundi, Kategori & Siaran Langsung
Kehangatan ABPBH 2023 kini mulai dirasai. Acara berprestij ini menampilkan artis-artis tanah air yang cukup berbakat dan terkenal.
Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenai ABPBH 2023 yang ke-35 ini.
ABPBH 2023
ABPBH atau Anugerah Bintang Popular Berita Harian adalah merupakan sebuah majlis penganugerahan tahunan anjuran akhbar Berita Harian untuk memberi pengiktirafan kepada para penggiat seni dan penghibur yang paling digemari ramai dalam industri hiburan.
Undian akan menentukan pemenang mengikut kategori yang dipertandingkan. Peminat boleh mengundi penggiat seni dan penghibur kegemaran masing-masing yang tercalon melalui atas talian sepenuhnya.
Penyampai radio Hot FM, Johan dan pengacara popular, Ain Edruce diumumkan sebagai hos utama edisi ke-35 ABPBH ini.
Pentas ABPBH 35 bakal dihangatkan dengan persembahan Datuk Ramli Sarip; Datuk Yusni Hamid; Datuk Seri Siti Nurhaliza; Amelina; Aizat Amdan; Aina Abdul; Sufian Suhaimi dan Baby Shima.
Tidak ketinggalan, Roslan Madun, Haziq Rosebi, Luca Sickta, Kmy Kmo, Luqman Podolski, Aya Amiruddin dan Norreen serta kumpulan Mergasatwa.
BACA JUGA: Le Tour De Langkawi 2023 : Tarikh & Jadual Perlumbaan Terkini
Tarikh ABPBH 2023
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2023 untuk kali yang ke-35 ini bakal berlangsung pada hari Jumaat, 21 Julai 2023, jam 9.00 malam dan akan disiarkan secara langsung TV3 serta beberapa saluran penstriman lain.
Kategori Dipertandingkan
Terdapat 12 kategori utama dan tujuh kategori Ekstra yang dipertandingkan dalam acara ini. 5 pemenang atau top 5 akan dipilih dalam setiap kategori.
Pada malam kemuncak acara ini juga, penonton bakal menyaksikan dua bintang menerima trofi anugerah khas yang dibawakan khusus untuk acara ini.
12 Kategori Utama tersebut ialah:
- BBNU Lelaki Popular
- BBNU Wanita Popular
- Penyanyi Lelaki Popular
- Penyanyi Wanita Popular
- Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular
- Aktor Filem Popular
- Aktres Filem Popular
- Aktor TV Popular
- Aktres TV Popular
- Penyampai Radio Popular
- Pengacara TV Popular
- Artis Komedi Popular
Turut dipertandingkan adalah tujuh kategori Ekstra! Iaitu:
- Couple Drama Popular
- Couple Filem Popular
- Drama Popular
- Lagu Paling Boom
- Content Creator Popular
- TikTokers Popular
- Video Viral Popular
Tema
Untuk kali ke-35 ini, ABPBH 2023 menampilkan tema “Ekspresi Legasi Seni”.
Tema ini membawa peminat seni tanah air untuk menelusuri evolusi industri kreatif bermula dari era kegemilangan Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Biduanita Negara, Allahyarham Puan Sri Saloma hingga bakat pelapis era digital.
Undian
Peminat boleh mengundi finalis ABPBH 35 sehingga jam 11.59 malam Sabtu (15 Julai 2023) menerusi laman web ABPBH 35 di pautan berikut: https://www.abpbh.com.my/undian
Undian boleh dilakukan sama ada secara percuma atau pakej langganan BH digital.
Undian tertinggi daripada mana-mana kategori tunggal disaingi artis pada peringkat Top 5 akan menjadi penentu kepada pemenang trofi utama, iaitu Bintang Paling Popular ABPBH 35.
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai ABPBH 2023, sila layari laman web rasmi ABPBH 35 di pautan berikut: https://www.abpbh.com.my/
Anda boleh menyaksikan siaran langsung kemuncak anugerah bintang popular berita harian (ABPBH 35) 2023 pada 21 Julai 2023 melalui TV3 dan Strim Live HD di Tonton, termasuk YouTube TV3 dan BH dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya.