Adalah dimaklumkan bahawa ujian UKM1 2021 (saringan fasa pertama) Program Pencarian Murid Pintar Dan Berbakat KPM akan bermula dari 1 Februari 2021 dan berakhir pada 31 Mei 2021.
Ujian ini merupakan saringan pertama untuk mencari murid pintar dan berbakat bagi menyertai program– program berikut:
KOLEJ GENIUS @ Pintar Negara
- Murid pelbagai agama dan bangsa berumur 9-15 tahun (tahun 3 hingga tingkatan 3) pada tahun 2021 – Program Perkhemahan Cuti Sekolah (PPCS) STEM, UKM 2021 di Pusat [email protected] Negara
- Murid berumur 11-12 tahun (tahun 5 dan 6) pada tahun 2021 – Kemasukan ke Kolej [email protected] Negara, UKM
Baca juga: Skim Asuhan Anakku Pintar 2021: Bantuan Yuran Taska RM100 Sebulan
Kolej GENIUS Insan
- Murid beragama Islam berumur 8-11 tahun (tahun 2 hingga tahun 5) pada tahun 2021 – Program Perkhemahan Cuti Sekolah (PPCS) STEM, USIM 2021 di Kolej GENIUS Insan
- Murid beragama Islam berumur 15 tahun (tingkatan 3) pada tahun 2021 – Program Perkhemahan Cuti Sekolah (PPCS) STEM, USIM 2021 di Kolej GENIUS Insan
- Murid beragama Islam berumur 12 tahun (tahun 6) pada tahun 2021 – Program Mukhayyam Al Abrar USIM 2021 di Kolej GENIUS Insan untuk kemasukan ke Kolej GENIUS Insan pada tahun 2022
SM Sains Pendang (Akademi Pintar Pendang)
- Murid berumur 11-12 tahun (tahun 5 dan 6) pada tahun 2021 – Kemasukan ke SM Sains Pendang, Kedah (Akademi Pintar Pendang) pada tahun 2022

Ujian Saringan UKM1 Fasa Pertama
Ujian saringan pertama ini boleh diambil oleh murid berumur 8 hingga 12 tahun di lokasi yang mempunyai kemudahan capaian internet.
Ujian ini adalah terbuka dan murid boleh berhenti menjawab pada bila–bila masa dan menyambung semula ujian tersebut sehingga tamat.
Ibu bapa dan guru hanya boleh membantu murid dari segi mengisi maklumat dengan jujur dan bertanggungjawab.
Pihak sekolah juga boleh melakukan pendaftaran secara berkelompok.
Walau bagaimanapun, murid digalakkan menjawab ujian ini secara terus menerus dalam jangka masa 1 jam 30 minit (tidak termasuk pendaftaran murid), agar dapat membiasakan diri dengan situasi Ujian UKM2 yang akan dijalankan dengan pengawasan rapi dalam tempoh 2 jam 30 minit.
Baca juga: Bantuan Laptop Pelajar & Data Internet Mulai Februari Ini – Yayasan Hasanah
Tarikh Ujian Online (Fasa Pertama)
Ibu ayah dan guru-guru boleh menggalakkan anak-anak untuk menduduki ujian UKM1 ini mulai tarikh berikut:
- Tarikh mula: 1 Februari 2021
- Tarikh akhir: 31 Mei 2021
PERHATIAN: Sistem hanya akan dibuka mulai tarikh tersebut. Jika anda klik sebelum tarikh yang dinyatakan, tiada maklumat akan dipaparkan.
Link Ujian Saringan UKM1
Pengambilan ujian UKM1 boleh dicapai melalui laman sesawang berikut mulai tarikh 1 Februari 2021 hingga 31 Mei 2021:
http://ukm1.permatapintar.edu.my
Maklumat Lanjut
Klik SINI untuk muat turun surat siaran tentang Ujian Saringan UKM1 Fasa Pertama – Program Pencarian Murid Pintar Dan Berbakat KPM.