Mudahnya Buat Meatball Ikea di Rumah, Ikut Saja Resepi ‘IKEA’!

Daripada beratur lama-lama musim PKP ni untuk dapatkan meatball IKEA, apa kata anda buat sendiri meatball ini di rumah.

Asyik makan ketupat rendang je, apa kata ubah selera sekejap.

Kita cuba buat IKEA meatball yang famous ini.

Jom follow perkongsian Puan Zan Zafirah Zainal ini yang sudah pun mencuba sendiri meatball ini menggunakan resipi IKEA sendiri.

Kisah semalam teringin nak makan meatball IKEA sebelum mula puasa Ramadhan. Tinggal kat luar negara ni memang tak dapat nak beli meatball kat IKEA macam kat Malaysia nun.”

Maka, kena buat sendiri. Nasib baik IKEA share resepi rahsia dorang. Ikut sebijik sama macam dalam resepi, cuma of course tak guna pork mince ya, ganti pakai halal beef mince 100% sahaja.

Resepi ada dalam gambar pertama. Selamat berpuasa semua!

Untuk yang tak dapat baca resepi dalam gambar, berikut saya sertakan resepi :

  • 750g daging cincang
  • 100g serbuk roti
  • 1 biji bawang besar – cincang halus
  • 1 ulas bawang putih – cincang halus
  • 1 biji telur
  • 5 sudu besar susu full cream
  • Garam dan lada hitam

Berikut cara-cara memasak meatball:

  1. Campur semua bahan di atas sampai sebati. Bulatkan jadi bentuk bebola daging.
  2. Simpan dalam peti beku 20 minit sebelum masak.
  3. Goreng sebentar atas kuali sampai sedikit perang.
  4. Masukkan dalam oven selama 30 minit, suhu 180 darjah celcius (oven biasa) atau 160 darjah celcius (fan force oven)

Ini pula cara buat gravy sos dia.

Masukkan kicap, dijon mustard dan krim. Ini penting untuk dapatkan rasa kuah sama macam kat IKEA. Dijon mustard. Pastikan Dijon ye, bukan mustard kuning biasa tu.

  • 40g mentega
  • 40g tepung gandum
  • 2 kiub pati daging
  • 300ml air
  • 2 sudu kecil kicap lemak manis
  • 1 sudu kecil Dijon mustard
  • 150ml krim masakan/dairy whipping cream
  1. Cairkan mentega. Masukkan tepung dan kacau untuk 2 minit.
  2. Masukkan kiub pati daging, hancurkan.
  3. Masukkan air sambil kacau oerlahan untuk elakkan berketul.
  4. Masukkan kicap, dijon mustard dan krim.
  5. Kacau sampai pekat dan tidak berketul.

P/S: Saya izinkan share 🙂

Selamat mencuba!

Sumber gambar dan info: Puan Zan Zafirah Zainal

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: