in

Resepi Nasi Briyani Pakistan Special Che Nom #Raya #Bersamasaya

Resepi Nasi Briyani Pakistan Che Nom

“Hai semua…!”

Itulah pembuka kata sinonim dengan Che Nom, seorang retired engineer dan ‘You Tuber by accident‘ jika dilihat pada bio profile Instagram.

Sempena Raya baru-baru ini jika anda perasan, ada perkongsian cukup menarik oleh Bernama mengenai wanita kelahiran Kedah ini.

Penulisan ini memberi peluang kepada Che Nom untuk share sedikit sebanyak mengenai kisah dan individu terlibat di sebalik channel YouTube Che Nom.” – Che Nom

Resepi Nasi Briyani Pakistan Che Nom

Sesuai dengan tajuk, kami nak kongsikan resepi Nasi Briyani Pakistan yang mendapat 147K tontonan setakat ini.

Menurut Che Nom, Nasi Briyani Ayam stail Pakistan yang sungguh lembut, fluffy dan cukup lengkap rasanya.

Cara masaknya agak berbeza iaitu beras perlu direbus dan dibuang kanji dahulu sebab itulah nasi jadi lembut sangat dan mudah nak masak sebab kita tak perlu agak sukatan air.

Kemudian dilapis dengan lauk yang kita masak.

Bak kata Che Nom di Instagram…nasi lembut, fluffy memang takleh lawan.

Ada sesiapa nak resepi?

Macam biasa sila angkat kening!

Instagram

Bahan-bahan Kisar Halus:

  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 biji tomato (kisar asing tomato)

Bahan-bahan untuk perapan:

  • 1/2 ekor ayam (7 ketul)
  • 3 sudu besar rempah briyani
  • 3-4 sudu besar yoghurt asli
  • 1/2 sudu besar garam
  • 1/2 sudu kecil lada hitam

Bahan-bahan untuk digoreng :

  • 1 cawan gajus
  • 8-10 biji bawang merah kecil

Bahan-bahan untuk masakan Ayam

  • 2 cawan minyak masak
  • 1 biji bawang holland
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 2 kuntum cengkih
  • 1 helai daun salam
  • 1 biji kentang
  • 8-10 biji cili padi atau 3-4 biji cili padi hijau
  • 1/2 mangkuk kismis/prune kering
  • 1 ikat daun ketumbar
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa

Bahan -bahan untuk Nasi

  • 4 cawan beras basmathi, rendam 10 minit
  • 2 liter air
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 kuntum cengkih
  • 1 helai daun salam
  • 1/2 sudu kecil lada hitam
  • Garam (cukup sehingga air rasa masin)
  • Sedikit minyak
  • 1/2 cawan air + 1/2 cawan susu cair ATAU 1 cawan air


** RALAT: Abaikan sukatan air 1/4 cawan di video pewarna kuning untuk hiasan.

Bahan-bahan untuk Salad

  • 1/2 biji bawang holland
  • 1 biji tomato
  • 1 batang timun
  • Jus dari 1/2 biji lemon atau sedikit cuka makan
  • Sedikit gula
  • Secubit garam

PS: Selamat mencuba. Rugi tau kalau tak cuba!

Jangan Lupa Ikuti Che Nom

Instagram | Twitter | Facebook

What do you think?

Written by madam b

Sharing is something. That something is amazing.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0
Kereta Paling Kebal Di Dunia

Wow! ‘The Beast’, Kereta Paling Kebal Di Dunia Khas Buat Donald Trump

Promosi TM Unifi RM39 Pakej 30Mbps

Beralih Kepada TM & Terima Pakej Unifi 30Mbps RM39 Sebulan Sahaja