in ,

Resepi Laksa Homemade. Lengkap Sekali Cara Buat Laksa Beras!

ADVERTISEMENT

Laksa Peneng atau Laksa Utara sangat sinonem dengan negeri di sebalah Utara.

Rugi kalau ke Utara tetapi tidak menjamah laksa asli disana, memang sangat sedap.

ADVERTISEMENT

Tetapi untuk mendapatkan rasa kuah yang sedap dan segar.

Pemilihan ikan haruslah dititik beratkan, supaya kuah itu tidak rasa dan berbau hanyir.

Jadi, disini kami ingin kongsikan kepada anda resepi Laksa Utara dan cara pembuatan beras laksa.

Resepi Laksa Homemade.

Resepi Laksa Homemade.

0 from 0 votes

Bahan-Bahan

  • Ikan temenung/ kembong/ pelaling

  • Garam secukupnya

  • Kiub pati ikan bilis

  • Daun kesom

  • 5 keping asam keping

  • 2 kuntum bunga kantan

  • 2 cawan tepung beras

  • 2 sudu besar tepung gandum (bunga ros)

  • 1 cawan suku air panas yang betul-betul mendidih atas api

  • BAHAN KISAR KUAH LAKSA:
  • Segengam cili kering (boleh lebihkan cili)

  • 15 ulas bawang merah / 3 labu bawang besar

  • 4 inci belacan

cara-cara
kuah laksa:

  • Kisar semua bahan sehingga hancur kecuali daun kesom, asam keping dan bunga kantan.
  • Rebus ikan dengan asam keping.
  • Perisi (asingkan isi dan tulang) ikan rebus tersebut.
  • Kemudian kisarkan isi ikan.
  • Air rebusan ikan di tapis dan masukkan ke dalam periuk besar.
  • Kemudian masukkan bahan kisar tadi ke dalam periuk besar bersama air ikan tadi.
  • Masukkan juga daun kesom, asam keping dan bunga kantan.
  • Ikan yang dah perisi itu, tulang jangan di buang., kisark hancur tulang-tulang itu.
  • Tapis air tulang tadi sebanyak 2 kali tapis.
  • Kemudian masukkan ke dalam periuk besar dengan bahan-bahan lain.
  • Sudah masukkan semua, baru buka api.
  • Tunggu sehingga mendidih, tutup api.
  • Selepas itu baru masukkan garam dan kiub ikan bilis.
  • Kacau biar sekata dan kena dengan selera. Siap kuah laksa.
  • LAKSA BERAS:
  • Satukan tepung, gaul sebati.
  • Kemudian masukan air yang mendidih kedalam tepung itu.
  • Semasa tepung tengah panas selepas masukkan air mendidih, terus kacau sehingga menjadi doh.
  • Jangan masukkan lagi air, nanti doh jadi lembik.
  • Uli doh dan bentuk kan doh supaya muat masuk kedalam acuan laksa.
  • Bila sudah siap uli, masukkan doh ke dalam sarang.
  • Tekan dan pusing la perlahan-lahan mengikut bulatan.
  • Sebelum itu, panaskan periuk kukus siap-siap.
  • Bila air betul-betul mendidih, baru kukus laksa ini .
  • Bila air sudah betul-betul mendidih, baru kukus laksa itu. Tunggu laksa bertukar warna barulah diangkat.
  • Sudah angkat, alukan laksa bawah air supaya dia mudah keluar.
  • Masuk dalam bekas yang ada air dan guna jari jemari halus untuk racik-racikan laksa supaya tidak terputus.
  • Tapis dan siap.

Notes

  • Untuk laksa, guna tepung beras cap bunga teratai jika mahu laksa menjadi putih elok, cap gajah boleh tapi warna dia tidak secantik cap bunga teratai.
  • 1 lengat/ pengukus ni untuk 2 kali tekan atau 2 sarang saja, jangan terlalu tebal sangat.

Jom cuba Resepi Bakso Homemade. Asli Dari Indonesia!

Kredit: Ara Zuharoh

Written by rina

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

‘Touch Screen’ Tidak Berfungsi Dan Rosak? Ini Solusi Alternatif Anda Boleh Guna

Resepi Sambal Kacang Pedas Bilis. Rangup Dan Menyelerakan!