in ,

Resepi Kerang Rebus Sos Thai. Masam, Pedas Dan Manis Sebati!

ADVERTISEMENT

Pada penggemar masakan Thai, anda boleh cuba resepi kerang rebus sos Thai ini.

ADVERTISEMENT

Cukup rasa masam, manis, dan pedas pada masakan ini.

Anda nak makan dengan nasi panas pun boleh, nak makan begitu saja pun boleh.

Disini kami kongsikan kepada anda resepi Kerang Rebus Sos Thai yang boleh anda ikuti.

Resepi Kerang Rebus Sos Thai.

Resepi Kerang Rebus Sos Thai.

0 from 0 votes

Bahan-Bahan

  • 1 kg kerang

  • 5 biji bawang putih

  • 1 biji cili merah

  • 3 biji cili api

  • 1 biji tomato

  • Sedikit daun ketumbar

  • Sedikit limau purut

  • BAHAN SOS:
  • 2 sudu sos tiram

  • 2 sudu oren sunquick

  • 2 sudu sos ikan

  • 1/2 cawan air

cara-cara:

  • Rebus sekejap, angkat dan curahkan air sejuk supaya isi kerang tidak kecut.
  • Kemudian kopek dan buang sebelah kulit saja.
  • Tumbuk kasar bawang putih dan cili. Kalau nak pedas lagi, lebihkan cili padi.
  • Hiris dadu tomato dan hiris halus daun ketumbar.
  • Daun limau purut boleh letak atau tidak.
  • Masukkan sos ikan, sos tiram dan sunquick sebanyak 2 sudu setiap satu. Ikut juga pada citarasa anda mahu letak lebih sikit pun tak apa.
  • Masukkn air setengah cawan, lebihkan air jika mahu kuah banyak.
  • Biar didih kejap kemudian masukkan semua bahan sos dan kacau rata.
  • Kemudian masukkan gula, garam atau serbuk perasa secukupnya.
  • Akhir sekali masukkan tomato dan daun ketumbar.
  • Bila sudah siap kuah, bolehlah dicurahkan keatas kerang rebus itu.

Written by rina

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

homestay port dickson private pool

Senarai Homestay Port Dickson Dengan Private Pool (TERKINI)

Senarai Resort Tepi Pantai Yang Menarik Di Langkawi (2021)