in

Menu Rentas Negeri Untuk Ayah Bonda, Mee Bandung Mariana Zainal

Mee Bandung Mariana Zainal

Masih dalam mood raya, dapat pula rentas negeri 10 Jun nanti.

Jangan lupa ambil hati Ayah Bonda dengan menu masakan kita.

Selain bawa diri dan buah tangan pulang ke kampung, raikan kerinduan Ayah Bonda dengan sajian istimewa ini.

Mee Bandung Rentas Negeri Mariana Zainal

Bahan-bahan:

  • Mee secukupnya (basuh mee, celur kemudian toskan)
  • Sedikit isi ayam atau daging (potong ikut suka)
  • Udang segar (terpulang nak banyak mana)
  • Tauhu (potong dan goreng sekejap jangan sampai garing)
  • 1 batang carrot (potong ikut suka)
  • Putik jagung (jika suka)
  • Sedikit sawi
  • 1 biji tomato belah 4
  • 4 biji telur
  • 1/2 cawan sos cili (kurang boleh tambah)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 1/2 sdb tepung jagung (bancuh tepung jagung dengan 1 cawan air)
  • 3 sdb gula pasir
  • 1 sdb garam
  • Bahan perasa jika perlu
  • Air untuk kuah secukupnya (saya guna 2 liter air lebih kurang) jika terlalu pekat boleh tambah air, jika tercair tambah air bancuhan tepung jagung.
  • 3 senduk minyak untuk menumis

Bahan hiasan:

  • Daun sup
  • Bawang goreng
  • Cili padi

Bahan kisar:

  • 15 tangkai cili kering (kadang saya lebihkan)
  • 1 1/2 biji bawang besar ( jika bawang tak berapa besar, letak 2 biji)
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 sdb udang geragau kering ( jika guna udang kering letak 3 sudu besar)

Kisar semua bahan ini.

Cara masak Mee Bandung Mariana Zainal:

  1. Panaskan minyak
  2. Tumis bahan kisar, gula, garam dan bahan perasa hingga betul-betul naik minyak.
  3. Bahan kisar agak garing, masukkan sos cili dan sos tiram. Kacau sekejap
  4. Masukkan ayam.
  5. Bila ayam hampir empuk masukkan air.
  6. Bila dah mendidih masukkan carrot dan tomato. Bila dah mendidih ganas, pecahkan telur. Jangan kacau. Biar telur masak elok.
  7. Apabila telur dah masak elok.
  8. Masukkan sawi, udang dan tauhu.
  9. Masukkan juga bancuhan tepung jagung.
  10. Biar mendidih seketika. Sesuaikan rasa.

Siap!

Mee Bandung Mariana Zainal, udangnya sahaja cukup buatkan yang melihatnya kecut liur

Tips: jika nak kuah merah gelap ala-ala maroon, renjis sikit jer kicap manis.

SDB =SUDU BESAR
SDT = SUDU KECIL

Kredit gambar dan resipi: Puan Mariana Zainal

Written by rubiatul

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Rentas Negeri Covid19

Fasa Pemulihan COVID19, Boleh Rentas Negeri Bermula 10 Jun 2020.

Nak Beli Kereta? Ini Senarai Kereta Resale Value Tinggi Di Malaysia Selepas 5 Tahun