‘Kubur Berdarah’ Di Senawang Sebenarnya Air Karat Bercampur Minyak

UPDATE isu tular “kubur berdarah” di Taman Forest Height Senawang.

ADUN Seremban Jaya YB.P.Gunasekaren bersama-sama Ahli Majlis MBS Pn Jamilah dan Jabatan Mineral dan Geosains telah melawat dan meninjau sendiri Tanah Perkuburan Islam Senawang Tmn Forest Heights, Seremban berhubung isu kubur berdarah.

Beberapa keping gambar yang dimuatnaik di Facebook menunjukkan kawasan kubur tersebut yang terkini seperti di bawah.

Menurut perkongsian ramai, kononnya darah keluar dari sebuah kubur yang sibuk diviralkan di dalam Facebook seseorang – dan apa yang lebih meresahkan, notis penutupan kubur tersebut telah menguatkan lagi spekulasi orang ramai.

Hasil tinjauan oleh pihak Jabatan Mineral dan Geosains mendapati bukanlah darah yang mengalir atau darah keluar dari kubur seseorang seperti yang diviralkan sehingga menjadi tanda tanya dan persoalan orang ramai.

Isu air berwarna merah di Perkuburan Islam Forest Height Senawang.

Beberapa pegawai dari Jabatan Mineral dan Geosains telah penerangan tentang fenomena yang berlaku.

“Kami dimaklumkan bahawa tapak tanah asal perkuburan adalah tempat berair dari kolam dan paya. Batu batuan di tapak adalah jenis merah mengandungi mineral besi. Interaksi antara batu, air dan tanah menghasilkan oxide (karat) berwarna merah. Oleh sebab air mengalir berwarna merah. Bukan darah. Lihat dengan mata kasar pun jelas tidak menyerupai darah.”

Air takungan seperti air karat bercampur minyak seperti itu sememangnya wujud dikawasan ini.

Kemungkinan air ini keluar dari bawah tanah atau berpunca dari jenis batu atau jenis tanah perkuburan kawasan itu sendiri yang dipercayai kawasan ini adalah bekas kawasan kolam takungan.

Oleh itu, ingin ditegaskan bahawa kejadian kubur berdarah ini adalah tidak benar dan palsu semata- mata.

Benda yang mengalir itu seolah-olah seperti air karat bercampur minyak yang mengalir dari alur pemisah antara kubur sahaja.

YB.P.Gunasekaren berharap kawasan- kawasan tanah perkuburan yang dianggap suci yang digunakan untuk mengkebumian insan- insan yang telah meninggal dunia tidak seharusnya dijadikan viral seperti ini jika tidak tahu perkara sebenar.

” JANGANLAH DIJADIKAN FITNAH DUNIA” YANG BOLEH MENDATANGKAN MENIMBULKAN FITNAH KE ATAS JENAZAH DAN MENIMBULKAN KERESAHAN KEPADA WARIS KELUARGA YANG DIKEBUMIKAN DISINI TANPA BUKTI YANG SAHIH.

Tanah Perkuburan Islam Senawang ini ditutup sementara berikutan kerja-kerja menaik taraf dan penambahan Tapak kubur oleh Majlis Bandaraya Seremban kerana tanah perkuburan sedia ada telah penuh dan bukannya kerana darah keluar dari kubur seperti yang diviralkan di Facebook.

RENUNG-RENUNGKANLAH.

” LINDUNG DIRI LINDUNG SEMUA “

“BERSIH, MUAFAKAT, SEJAHTERA”
( Prinsip Kerajaan Negeri Sembilan di bawah kepimpinan YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun MBNS)”

*Sumber

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: