KPT Ambil Maklum Isu Pensyarah UiTM Yang Tular, Netizen Berbalah Pendapat
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Noraini Ahmad tampil memberikan respons terhadap sebuah klip video yang tular di media sosial hari ini berkenaan seorang pensyarah yang dikatakan ‘menghina’ pelajar B40.
Dalam klip video tersebut, pelajar Semester 5 itu dimarahi kerana tidak memiliki komputer riba, sedangkan ia adalah satu keperluan yang begitu penting untuk memastikan dia berjaya dalam pelajaran.
Apa yang menjadikan isu ini lebih ‘hangat’, pensyarah itu melabelkan golongan B40 sebagai golongan yang ‘tidak memikirkan tentang pelajaran’.
Menerusi laman Twitter rasminya @DrNorainiAhmad pagi ini, beliau berkata, akan mendapatkan penjelasan daripada universiti tempat pensyarah berkenaan mengajar.
“Saya ambil maklum mengenai isu dan video yang tular ini. Saya telah berhubung dengan pihak UiTM,” katanya.
UiTM Akan Ambil Tindakan
Naib Canselor UiTM Prof Datuk Dr Roziah Mohd Janor berkata pihaknya telah meneliti isu tersebut dan tindakan akan dibuat.
“Saya difahamkan kejadian tersebut berlaku pada semester lalu namun ianya ditularkan semalam. Isu ini mesti ada perancangan kenapa ia baru dimuat naik semalam.
“Bagaimanapun pihak kami telahpun mengambil tindakan terhadap isu tersebut,” katanya dalam video yang dimuat naik di YouTube UiTM.
Menurut Roziah, pensyarah yang tular itu berkhidmat sebagai kakitangan kontrak di UiTM cawangan Seri Iskandar, Perak yang mengajar di Fakulti Seni Bina, Perancangan dan Ukur (FSPU).
“Dia dah bersara sebagai pensyarah biasa, tapi pada semester lepas dia merupakan pensyarah kontrak,” katanya.
Sementara itu dalam satu kenyataan media, UiTM menyatakan universiti itu amat prihatin dengan keperluan para pelajar terutamanya dalam pembelajaran norma baharu.
Roziah juga menyeru agar para pelajar yang berhadapan sebarang masalah untuk berhubung dengan pihak fakulti dan universiti bagi mendapatkan khidmat nasihat dan bantuan sewajarnya bagi melancarkan proses pembelajaran.
Bekas Pelajar Tampil Pertahankan Pensyarah
Sementara itu, Persatuan Mahasiswa Keadilan dan Kelab Mahasiswa UMNO masing-masing telah mengeluarkan kenyataan media menyuarakan Prof. Dr. Ts. Roshana Takim Harus Dikenakan Tindakan Tatatertib.
Namun sesetengah pengguna media sosial dan bekas pelajar pensyarah itu menyifatkan bahawa walaupun Prof. Dr. Ts. Roshana agak tegas dan garang, namun beliau adalah seorang individu yang baik hati dan tidak wajar diperlakukan sedemikian.
Salah seorang bekas pelajar Prof Dr. Ts. Roshana Takim membuat sebuah hantaran di Facebook:
Nak komen sikit isu ni. Prof Dr. Ts. Roshana Takim ni juga pernah ajar kami dulu di FSPU UiTM Shah Alam. Mmg stail dia camtu, saya berapa kali kena baling dgn White Board Eraser & marker pen, kena halau keluar kelas sbb lewat few minutes walau bagi alasan gempa bumi skala 8, kami ex’s student yg kena maki ni jgn dihitung la, cuma zaman tu records belum canggih. B4 ada Dr Roshana, di UiTM Perak juga ada Dr KSK di Jabatan Bangunan, sapa dari Perak jgn ckp la xkenal KSK, silap2 Roshana yg kena maki dgn KSK, ni lagi kalah dari WWF The Undertaker, Big Show kalah Roshana dia punya gila. Building Model presentation yg berapa mlm kami xtdo nak siapkan bila time presentation, ada yg KSK xpuas hati dia main campak camtu je. Kwn2 saya dlu ramai je org susah. Tapi disbbkan 2 individu yg saya sebut ni la kami bila di pasaran (dah masuk kerja) kami jadi kuat, tahan maki, berusaha buat yg terbaik, cuba sehabis mungkin ‘No Reason’. Rakan2 kami ramai jadi PTD, Lecturer, Construction Manager, kontraktor dll. If tak org mcm KSK & Roshana dlu dah lama kami ada yg jadi Menteri. Ayat Roshana tu berkait ‘B40’ cuba tgk dari ‘luar konteks’, i dont think Roshana Takim nak hina anybody termasuk org miskin, dia tak mcm tu pun. Roshana Takim pun dari keluarga susah, ramai lecturer kami dlu dari keluarga susah zaman muda mereka. Dorg ni silap2 lagi bwh dari B40. Saya suggest Film ‘3 Idiot’ ni kpd adik2 yg masih kat IPT tu, ada kat Netflix, kalau tak beli CD cetak rompak, kalau tak ada HP, sambil2 kat Dobi tu ada wifi kan, ha layan jap movie tu. Bapak hawau lagi kurang ajar punya lecturer korg akan jumpa dlm film tu. Pesan saya kpd Dr. Roshana, cekal hadapi cabaran ini. Kpd adik ini juga, saya sokong anda. To Dr Roshana, da nak pencen ni kurangkan la sikit garang tu 😁. Last but not least, if ada problem, letak tgn kat dada & sebut “All Is Well”.
Alumni Fakulti Senibina Perancangan Ukur, UiTM Shah Alam
Seorang lagi bekas pelajar, juga bersetuju bahawa anak-anak muda sekarang perlu lebih ‘berhati kental’ untuk lebih berjaya.
Seorang lagi bekas pelajar, Arief Hadi Mohammad Ariffin turut membuat satu hantaran sebagai tanda sokongan kepada pensyarah berkenaan.
TERKINI: Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Roziah Mohd Janor memaklumkan bahawa tindakan akan diambil terhadap pensyarah ini yang merupakan pensyarah kontrak di situ.
Rujuk artikel terdahulu & video penuh : Video Pensyarah Hina Pelajar B40 Tak Ada Komputer Viral Di Media Sosial